Skip to main content

Posts

Falsafah Di Sebalik Pucuk Kunyit Yang Tumbuh

Sambil temankan suami baiki pam enjin air, che kak sempat juga menjenguk pasu-pasu kunyit yang ditanam dulu. Ada satu pasu besar tu, sebelum ni tanam kangkung. Subur bukan main. Lepas kangkung habis, che kak cuba pula tanam kunyit. Tapi langsung tak menjadi. Tak tumbuh-tumbuh. Sudahnya che kak biarkan saja. Hari ni, sambil buang rumput dalam pasu tu, tiba-tiba nampak pucuk kunyit keluar. Eh… elok pula kau nak hidup sekarang ye.  Padahal che kak dah lama tak peduli dah. Gambar janaan AI Mungkin sebab itu juga che kak 'terjumpa' pucuk kunyit tu hari ni. Kebetulan pula che kak memang tengah down seminggu dua ni dan agak buntu dengan masalah hidup. Kadang Allah tunjuk jawapan melalui benda kecil yang kita nampak depan mata. Kadang-kadang kita terlalu cuba betulkan semuanya. Terlalu paksa hidup ikut apa yang kita rancang. Sedangkan ada waktunya, bila kita lepaskan dan biarkan saja, hidup akan bergerak perlahan-lahan dengan caranya sendiri. Macam pokok kunyit ni juga. Diam-diam dia h...
Recent posts

Ucapan Sempena Hari Lahir Suami Yang Ke 48 Tahun

Hari ini ulangtahun suami che kak yang ke-48. Semoga suami che kak sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah. Tak tahu nak tulis apa kali ni. Rasa macam ulang ucapan yang sama setiap tahun. Tapi bila dikenang kembali terlalu banyak perkara tentang beliau yang buat hati ini bersyukur. Teringat suatu ketika di awal perkahwinan kami. Beliau pernah kata, dalam hati abang, umi tetap nombor satu. Setiap tahun abang mahu beraya di rumah umi dulu. Che kak turutkan saja, sebab tahu beliau membalas lebih daripada itu. Begitu juga masa awal-awal kahwin dulu. Che kak terkejut bila tengok beliau menangis selepas menjawab panggilan telefon daripada adiknya. “Kenapa bang?” Risau juga dibuatnya. Ingatkan ada kematian. Dalam tersedu-sedu beliau bercakap, adiknya yang sedang belajar tiada duit untuk beli makanan. Dulu mana ada online banking. Bukan semua bank ada mesin deposit pula tu. Pernah juga che kak tanya, “Abang saye saya dop?” Beliau jawab, “Tok soh duk tanyo soale bodo. Kalu abang tok saye, la...

Sinopsis Diary of a Wimpy Kid: Dog Days

Best juga filem ni. Rupanya ia diadaptasi daripada siri buku popular Diary of a Wimpy Kid. Komedi dia ringan dan santai, memang sesuai untuk tontonan keluarga serta remaja. Kalau suka filem komedi keluarga yang tidak terlalu serius, filem ini memang menghiburkan. Kekuatan utamanya terletak pada humor harian dan situasi remaja yang sangat relatable berbanding aksi atau drama berat. Filem ini mengisahkan cuti musim panas Greg Heffley yang pada awalnya dia bayangkan penuh keseronokan bermain permainan video, bersantai dan mengelakkan aktiviti luar. Namun, rancangan Greg mula jadi huru-hara apabila ayahnya, Frank Heffley, mahu dia menjadi lebih aktif dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, Greg cuba menarik perhatian Holly Hills sambil berdepan pelbagai masalah lucu bersama sahabat baiknya, Rowley. Banyak kejadian memalukan berlaku, termasuk di country club, taman air dan ketika menjaga anjing keluarga bernama Sweetie. Walaupun dipenuhi komedi dan situasi canggung, cerita ini tetap mem...

Movie Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules

Hari ni berkesempatan tengok Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules. Best juga tengok movie ni. Che kak memang suka cerita komedi kanak-kanak dan keluarga. Memang gelak je dari awal sampai dekat-dekat habis. Tapi hujung-hujung tu touching pula. Kisah tentang Greg Heffley, budak sekolah menengah yang cuba survive kehidupan sekolah dan masalah keluarga, terutama hubungan benci tapi sayang dengan abang dia, Rodrick. Rodrick pula memang jenis remaja malas, suka menyakat Greg dan obses dengan band rock dia, Löded Diper. Watak dia memang mencuri perhatian, sarkastik, selekeh, tapi dalam masa sama nampak dia sebenarnya sayang adik dia juga. Mak mereka pula suka menulis kisah parenting untuk surat khabar. Bila ibu bapa cuba paksa dua beradik ni jadi rapat semula, bermulalah pelbagai situasi memalukan dan kelakar. Yang best tentang movie ni, lawaknya rasa relatable. Banyak situasi adik-beradik yang nampak real dan familiar. Humor dia sesuai untuk remaja dan orang dewasa juga. Family movie ya...

Tanda Anda Sudah Memasuki Era “Underconsumption”

Che kak tertarik dengan gambar ini kerana sangat relatable dengan kehidupan dan diri che kak sendiri. Dalam dunia hari ini, budaya membeli sering dianggap sebagai simbol kejayaan dan gaya hidup moden. Setiap minggu ada sahaja trend baharu, promosi besar-besaran dan produk “wajib ada” yang muncul di media sosial. Namun, semakin ramai orang kini mula beralih kepada satu gaya hidup yang lebih sederhana dan bermakna yang dikenali sebagai underconsumption . Konsep ini bukan bermaksud kedekut atau menolak keselesaan hidup. Sebaliknya, ia menggalakkan kita menggunakan apa yang sudah ada dengan lebih bijak, membeli hanya apabila perlu dan menghargai nilai sesuatu barang sebelum menambah yang baharu. Gambar ini menunjukkan beberapa tanda seseorang sudah mula memasuki era underconsumption . 1. Tidak kisah mengulang pakaian yang sama Che kak tak berasa malu untuk memakai outfit yang sama berulang kali. Baju yang sama juga dipakai untuk pergi ke pasar, bercuti, menghadiri kenduri dan sebagain...

Mengapa Warga Emas Tinggal di Rumah Kebajikan?

Ada banyak sebab mengapa sesetengah anak enggan atau tidak mampu menjaga ibu bapa yang sudah tua sehingga mereka tinggal di rumah kebajikan.  Keadaan ini biasanya bukan berpunca daripada satu faktor sahaja. Tetapi gabungan tekanan hidup, hubungan keluarga, emosi dan keadaan sosial. Gambar janaan AI Antara sebab yang sering berlaku: 1. Hubungan keluarga yang sudah lama bermasalah Ada anak yang membesar dalam suasana penuh konflik, penderaan, pengabaian atau kasih sayang yang tidak seimbang. Bila dewasa, mereka sukar membina hubungan rapat dengan ibu bapa semula. Luka lama kadang-kadang masih belum sembuh. 2. Tekanan ekonomi dan kos hidup Menjaga warga emas memerlukan masa, tenaga dan wang terutama jika ibu bapa sakit, terlantar atau mengalami penyakit seperti Dementia atau Alzheimer's disease. Ada anak yang sendiri bergelut dengan hutang, pekerjaan tidak stabil atau membesarkan anak kecil. 3. Kurang pengetahuan dan kemampuan menjaga warga emas Tidak semua orang tahu cara mengurus or...

Surat Terbuka Dari Kakak Ipar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Surat terbuka ini saya tulis dengan setulus hati buat adik-adik ipar saya, iaitu adik-beradik suami saya. Sebagai seorang kakak ipar, saya akui saya gagal menjadi kakak ipar yang baik di mata kalian semua. Sebagai menantu pula, saya juga tidak mampu menjadi seperti yang diharapkan oleh mentua saya. Selama 23 tahun saya bertahan dan bersabar demi menghormati kedua ibu bapa suami saya. Saya juga kuat kerana masih mempunyai ipar duai yang baik dan sentiasa menjaga hubungan sesama keluarga. Namun saya sedar sejak awal perkahwinan lagi saya sering dipandang dengan buruk sangka. Sehinggalah saya berada di titik paling rendah sebagai seorang menantu, saya sudah tidak lagi mampu menghadapi sikap narsis yang terlalu memberi tekanan kepada emosi dan mental saya. Akhirnya saya memilih untuk mengundurkan diri seketika demi memulihkan emosi dan ketenangan diri. Tetapi saya dan suami langsung tidak menyangka apabila adik-adik ipar juga memilih untuk berdia...

Bagaimana Cara Mengekalkan Hubungan Rapat Di Kalangan Adik-Beradik

Tertarik dengan persoalan mengapa ada adik-beradik yang sangat rapat dan apakah didikan ibu bapa yang membentuk hubungan sebegitu. Berdasarkan pengamatan che kak melalui pengalaman bersama klien, peranan ibu bapa memang sangat penting. Ibu bapa tidak boleh bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. Apabila ada anak yang merasa tersisih, hubungan adik-beradik akan mula renggang. Rezeki setiap anak juga tidak sama kerana ada yang lebih dan ada yang kurang. Ibu bapa juga tidak sepatutnya memburukkan seorang anak kepada anak yang lain. Jika perkara ini berlaku, rasa hormat sesama adik-beradik boleh berkurang sedikit demi sedikit. Dalam urusan rumah tangga atau pembahagian tanggungjawab sebaiknya berlaku adil dan seimbang. Elakkan layanan yang berbeza-beza. Dari sudut adik-beradik pula, rasa hormat antara satu sama lain sangat penting. Mungkin ada dalam kalangan adik-beradik yang hidup susah atau diuji dari segi kewangan dan kesihatan. Jika mampu bantulah setakat kemampuan. Selain itu, jangan...

Dari “Only Me” ke Public Post

Seingat che kak, masa sekolah rendah dulu che kak memang suka menulis dan membaca buku-buku lama. Kalau ada pertandingan atau peraduan menulis karangan, memang che kak join juga. Tak tahu la sama ada tulisan tu ikut piawaian pertandingan atau tidak. Yang pastinya, menulis sebab suka-suka. Dulu tak pernah terfikir pun nak simpan tulisan-tulisan tu sebagai koleksi. Habis macam tu je. Bila dah ada akaun Facebook, rasa segan pula nak menulis dan berkongsi. Biasanya set “Only Me” sahaja. Malu dan segan masih menebal waktu tu. Sebenarnya ramai yang suka menulis tapi rasa takut nak berkongsi sebab takut dinilai atau rasa tulisan 'tak cukup bagus'. Sedangkan kebanyakan pembaca lebih suka tulisan yang santai, real dan datang daripada pengalaman sendiri. Che kak ada follow beberapa influencer seperti cikgu Fadhli Salleh, Dr Nini, Khairul Hakimin Muhammad dan Dr Imelda Balchin. Apa yang che kak perasan, cara mereka berkongsi terasa santai sahaja. Kadang-kadang bukan sebab tulisan terlalu ...

Taat Tanpa Sempadan

Apabila bekerja di lapangan, untungnya kita dapat mendengar kisah masyarakat yang boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam melayari kehidupan sendiri. Semasa melalui sebuah kampung, che kak teringat kisah seorang warga emas dan anaknya. Kita semua tahu, syurga di bawah telapak kaki ibu. Betapa besarnya kedudukan seorang ibu dalam hidup anak-anak. Namun timbul persoalan adakah anak langsung tiada hak untuk menentukan hala tuju hidupnya sendiri? Adakah semua keputusan hidup anak hanya boleh ditentukan oleh ibunya? Berbalik kepada kisah warga emas dan anaknya ini, si anak mengalami masalah mental. Apabila diselidik, rupa-rupanya dia seorang anak yang sangat baik dan terlalu taat kepada ibunya. Dia sanggup berhenti kerja sebagai guru kerana ibunya tidak suka. Dia juga menceraikan isterinya yang baru dikahwini beberapa hari kerana ibunya tidak merestui. Malah, dia meneruskan kehidupan dengan menoreh getah pusaka keluarga, namun kebun itu akhirnya dijual kerana ibunya mahu membeli kereta ba...