Teringat kisah
dua bulan lepas. Kak Za ada interview kes permohonan bantuan
kewangan. Masa interview, klien ni
bagitau dia tak boleh duduk lama-lama. Katanya dia sakit buasir.
Jadi, Kak Za cepat-cepat interview dan ambil maklumat
peribadi untuk laporan sosial dan ekonomi. Kesian kat dia. Memang nampak dia
terseksa sangat tahan sakit.
Dua minggu
lepas, dia tak datang kat ofis sebagaimana yang dijanjikan. Kak Za call dan
wife dia jawab call.
Kak Za tanya kenapa tak datang kat ofis?
Kak Za betul-betul terkejut apabila diberitahu dia telah meninggal dunia
akibat buasir.
[Buasir]
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum
dan dubur. Apabila vena ini
membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya
membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan
oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding
vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah,
terutamanya sewaktu meneran.
(sumber daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas).
[Jenis buasir]
i)
Buasir dalaman
Buasir
ni tak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir
dalaman tidak merbahaya tetapi kalau meneran dan gangguan dari laluan najis
semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan
menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah
cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Kalau keadaan ini berlaku anda perlu mendapat
bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain
seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
ii) Buasir luaran
Buasir
jenis ini mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur.
Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah
akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Buasir jenis ini
memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena
rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia
dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun
dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
[Penyebab utama]
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
[Langkah-langkah Pencegahan]
- Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
Comments
Post a Comment