ANEMIA SEMASA HAMIL ANAK SULUNG

Assalamualaikum....
Apa khabar semua. Che Kak doakan agar ibu-ibu dan anak-anak sihat walafiat.

Pengalaman hamil terutama hamil anak sulung membuatkan semua ibu teruja.

Selepas 2 minggu kahwin, Che Kak tinggal berjauhan dengan suami.. kata orang PJJ (perkahwinan jarak jauh). Che Kak kerja kat KL. Suami pula kerja kat Melaka. Setiap minggu Che Kak naik bas ulang alik ke Melaka.

Che Kak ingat lagi, masa tu Che Kak pergi kursus / bengkel Akta-Akta Jabatan kat Ipoh, Perak. Tumpang kereta Kak Marina. Kak Marina bawa ibu dan baby sebab baby Kak Marina full breastfeeding.

Boleh pulak ibu Kak Marina cakap “Liza, kau ni mengandung”..
Terkejut tau.  Hehe. Singgah kat rumah saudara Kak Marina. Masa tu musim durian. Punyer la banyak Che Kak makan buah durian. Free katakan. Tapi, ibu Kak Marina bagitau.. “Liza, bukan makcik tak nak kasi kau makan, tapi kesian kat baby tu. Kau tu mengandung”.
         
Selepas Che Kak cek UPT di klinik, tiba-tiba ‘automatik’ Che Kak alahan. Walhal masa tak tahu pregnant tu ok je. Ngada-ngada!! Masuk waktu petang je, mesti Che Kak rasa ‘mabuk’, muntah-muntah, tak boleh bau masakan, benda wangi dan macam-macam la. Alahan sampai ke pagi. Bila azan Subuh je, automatik rasa sihat dan tak de alahan. Pelik kan. Orang biasanya morning sickness. 

Che Kak check up di Klinik Ibu dan Kanak-Kanak kat KL. Memandangkan Che Kak ada sejarah perubatan (operation jantung tahun 1990),  pihak klinik rujuk kat Hospital Kuala Lumpur.  Setiap kali temujanji check up, Che Kak akan pergi seawal pukul 7 pagi. Pukul 3.00 petang baru selesai jumpa doktor. Walhal jumpa doktor tak sampai 5 minit pun. Tapi demi memastikan kandungan sihat, Che Kak sabar.  

Semasa kandungan masuk lapan bulan, Che Kak rasa lemah. Tak boleh dah nak buat kerja kat pejabat.  Letih giler. Nak pegang pen pun tak larat. Sakit kepala berdenyut-denyut, pening dan rasa macam nak pitam pun ada. Che Kak pun cuti selama seminggu. Kononnya mungkin penat sangat. Lagipun dah sarat.   Habis cuti, Che Kak balik KL semula. Tapi masih lagi rasa lemah tubuh badan.




Che Kak pergi hospital untuk temujanji check up.  Doktor kata Che Kak nampak pucat dan lemah. Dia suruh Che Kak admitt ward. Tapi Che Kak tak nak masuk wad HKL. Che Kak tak de sesiapa kat KL. Kesian pula kat suami nak ulang alik dari Melaka. Che Kak merayu supaya dapat admitt ward hospital kat kampung. (Kelantan). Sebenarnya doktor tak kasi sebab risiko sepanjang perjalanan ke Kelantan. Selepas puas pujuk doktor, akhirnya doktor kasi  juga. Sepanjang perjalanan balik Kelantan, memang Che Kak pening dan muntah-muntah. Tak tahu berapa kali berhenti kat tepi jalan. Sampai kat Kelantan, maka, ‘bermalamlah’ kat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Selepas ambil ujian darah, terkejut apabila doktor kasi tau HB amat rendah. Bacaan 7 g/dl (gram per deciliter). Maka 2 pain darah ‘disalurkan’ ke dalam urat darah Che Kak.  Huhu.. Nasib baik ada bekalan darah. 


Soalan pertama doktor, kenapa tak makan vitamin? Che Kak kata tak tau kena makan vitamin. Che Kak  tanya kat doktor, vitamin kena beli kat mana?

Doktor tak percaya Che Kak tak pernah dapat bekalan vitamin dari HKL. Serius!!! Che Kak tak tipu.   Che Kak pun tak tahu pula betapa pentingnya vitamin untuk ibu mengandung.

Doktor kata, kalau lambat dapatkan rawatan, risiko dan komplikasi tinggi tau.  Kesian kat baby takut tak dapat bekalan oksigen. Kalau kurang oksigen, perkembangan baby akan terbantut, dan mungkin lahir baby pramatang.  Kematian baby pun boleh jadi juga. Ibu semasa nak bersalin pun akan alami kurang tenaga dan banyak lagi la komplikasi.

Sebulan Che Kak duk kat wad HUSM. Puahsang! Kebetulan pula, ramai doktor pelatih. Penat ooo jadi bahan kajian doktor pelatih ni. Tapi, Che Kak tetap memberi kerjasama kat doktor pelatih. Ye lah kan, diorang kan mencari ilmu untuk tolong pesakit juga.  Lagipun suka tengok doktor muda yang kiut miut. Dah la bijak pandai. Comel-comel je.

Kesimpulannya, ibu-ibu hamil kena makan vitamin dan jaga pemakanan.  






 


Comments