Sekadar mengimbas kenangan masa memula bergelar
kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 16 Dis 2002, Kak Za ‘pijak’ Grand
Season Avenue kat Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Berhadapan dengan Hospital Kuala
Lumpur. Masa tengok hotel tu, Kak Za ‘konpius’. Betul ke pejabat JKMWPKL kat
sini? Masa tu Kak Za pergi lapor diri dengan ditemani ayah, cik (mak tiri) dan
menantu cik. Menantu cik tu kata betul la kat sini. Sebelum tu, singgah makan
tosei kat kedai berdekatan. Tak ingat dah nama kedai tu. Cik banyak betul makan
tosei. Rasanya dekat 10 keping. Orang Kelantan duk lama kat Penang. Tentu la
suka makan tosei. First time makan tosei. Memang sedap. Capati tu biasa juga
makan sebab cik selalu buat.
Pada awalnya, Kak Za ingatkan lapor diri dulu
kat sini, kemudian akan ditempatkan kat mana-mana daerah. Rupa-rupanya memang dah kena bertugas kat
‘hotel’ ni. Orang pertama yang Kak Za
jumpa ialah Pak Cik Kamal sebab dia duduk kat pintu depan.. Ada tiga orang masa
lapor diri tu. Kak Marina dan Burn. Mengadap Tuan pengarah.. Masa tu En.
Pillay.. Lembut budi bicara nya.. Kak Za ditugaskan di bahagian Perkhidmatan Bantuan
(PB).. Bos bahagian ialah En. Zuhami yang kini dah jadi Tuan Pengarah Negeri
Terengganu..
Kak Za berulang dari Cheras Baru naik bas.
Tak sampai 2 hari Kak Za tumpang rumah anak menantu cik. Kadang-kadang pukul 8 malam baru sampai rumah. Masa Kak Za balik, pintu rumah berkunci. Puas Kak Za panggil tapi tak
de respon. Alahai.. Apa boleh buat.. Rumah orang.. Takkan nak ganggu pulak..
Kak Za tunggu juga sampai pukul 9.00 malam kat luar rumah.
Akhirnya Kak Za pergi cari pondok telefon
awam. Nasib baik ada dan boleh digunakan lagi. Kak Za call adik Kak Za yang
masa tu sedang study kat UiTM Shah Alam. Kak Za memang tak kenal sesiapapun kat
KL ni. Akhirnya, kami ‘terperangkap’ kat
Kg. Cheras Baru. Nak contact rakan
sepejabat, tak de nombor telefon. Ye lah. Baru 2 hari Kak Za kerja kat situ. Mana nak kenal semua orang lagi.
Kami 2 beradik pun pergi cari masjid. Akhirnya
kami bermalam kat masjid kampung tu. Kak
Za call ayah, tapi tak de sesiapa yang berjawab. Alahai, sedihnya rasa. Cuba buka pintu masjid
tapi berkunci. Menapak je la kat tepi masjid tu. Nak tidur memang tak boleh
sebab banyak nyamuk. Lagipun takut. Ada lori trailer lebih daripada 2
buah. Takut beb.. Diam tak
terkata.. lambatnya tunggu Subuh. Nasib
baik esok cuti.
Selesai solat Subuh, Kak Za terus ke rumah
anak cik. Nasib baik jumpa rumah. Tak ingat mana dah jalannya. Sebab semalam
kan berjalan dalam gelap. Nasib baik
pintu tak terkunci. Kak Za terus ambil beg pakaian. Kebetulan pula, janji dengan Hidayah nak
pergi kenduri kahwin anak Kak Uteh.
Sambil makan, Kak Za tanya Kak Linda tentang bilik sewa. Selesai makan, kami terus bertolak ke
pejabat. Kiranya nak cari bilik sewa yang berdekatan dengan pejabat.
Alhamdulillah jumpa juga. Sebelah Vistana Apartment. 5 minit je jarak dengan
pejabat.
Call ayah untuk maklum bahawa Kak Za dah
dapat bilik sewa. Terkejut juga ayah bila Kak Za ceritakan masalah Kak Za. Dang
dang tu juga la ayah ‘masukkan’ duit deposit bilik sewa. Settle masalah penginapan..
Keesokkannya, Kak Linda jumpa PT (W). Kak Linda kata kesian Liza... kak Linda suruh
kasi cepat proses gaji.. tak mau la sampai 3 bulan baru nak settle.. Tak sampai 3 minggu kerja dah dapat gaji.. hehe.. banyak
juga la pengorbanan dan bantuan Kak Linda untuk Kak za.
Cukup dulu untuk hari ini.. sekadar coretan
kenangan..
Comments
Post a Comment