Anak
kedua Kak Za pernah mengidap penyakit tonsil.
Semasa dia berusia 3 bulan, dia kerap demam. Kak Za bawa dia ke hospital
dan doktor kata, dia ada tonsil. Tonsil ni
merupakan organ yg berada di sebelah kiri dan kanan yang berfungsi sebagai alat
pertahanan diri dari jangkitan kuman atau virus.
Doktor
kata, walaupun berfungsi sebagai alat pertahanan diri, tetapi dia boleh dijangkiti
kuman.
Boleh menyebabkan bengkak dan merah atau berselaput
putih.
Menurut doktor lagi, ianya akan mengganggu
perkembangan kanak-kanak kerana sering demam dan tidak dapat makan dengan betul.
Terdapat juga komplikasi lain seperti
sukar bernafas waktu malam kerana tonsil membengkak. Anak Kak Za tidur mendengkur dan bernafas
melalui mulut.
Memang kerap lah ke hospital untuk rawatan.
Doktor mencadangkan pembedahan. Namun kena tunggu sehingga berusia 5
tahun. Sebab takde alat yang sesuai
untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Sepanjang mendapatkan rawatan, anak Kak Za kerap makan antibiotik. Ubat demam
atau ubat tahan sakit. Kadang kala,
antibiotik tak dapat dihasbiskan kerana dia dah jemu nak telan ubat.
Alternatif lain, Kak Za
kasi makan aiskrim. Orang kata, ianya boleh menyejukkan bengkak tu. Ubat
homopati pun Kak Za kasi.
Sepanjang lima tahun
mengidap penyakit tonsil, Kak Za kesian tengok dia. Anak sekecil itu yang
dilahirkan seberat 4.1 kg. Tapi, menjadi anak paling kecil dan kurus.
Alhamdulillah, selepas
pembedahan, dia dah tak demam lagi. Sakit tonsil pun dah hilang. Sekarang ni dah berusia 9 tahun.
Comments
Post a Comment