Assalamualaikum..
Hari ni Kak Za nak sambung cerita tentang tugas Kak Za sebagai
Pelindung Kanak-Kanak. Selepas dapat surat pertukaran bahagian pada tahun 2004,
Kak Za terus pindah meja. Bangunan sama je. Cuma meja je yang lain. Kak Za happy sangat sebab dikelilingi orang
yang hebat dalam bidang akta Kanak-Kanak 2001. Puan Jaleha, Puan Jamaeah, En.
Zulkamal, En. Tajudin antara insan yang cukup hebat dengan aura positif. Harap-harap
aura positif mereka melekat kat Kak Za.
Untuk jadi Pelindung, kena gezet sebagai Pelindung di bawah
Akta Kanak-Kanak 2001. Ada la nombor
gezet tu. Sebelum Kak Za wat kes, Kak Za ikut Puan Jamaeah ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
Kuala Lumpur. Untuk proses pembelajaran
la. Kak Za tengok macamana Puan Jamaeah handle kes penderaan. Fuh! Ada majistret,
2 orang penasihat, jurubahasa, polis mahkamah, dan kanak-kanak mangsa
penderaan. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
adalah tertutup. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh masuk bersidang.
Keesokannya, Kak Za menapak satu bandar KL nak beli blazer.
Kena pakai blazer hitam semasa perbicaraan kes di mahkamah walaupun Pelindung
bukan lawyer. Puas la Kak Za mencari yang murah dan selesa. Semuanya harga
melebihi RM300.00. Alamak, bukan tak boleh claim blezer, tapi tak de modal
sangat masa tu. Akhirnya jumpa juga
blazer hitam yang Kak Za berkenan kat Semua House. Harga pun tak sampai
RM100.00.
Boleh dikatakan setiap hari terdapat kes penderaan. Penderaan
ni meliputi penderaan fizikal, seksual, emosi, pengabaian dan sebagainya.
Biasanya rujukan daripada hospital, TELEDERA, orang awam, akhbar, keluarga dan
lain-lain. Pendek kata, Pelindung kena bersedia mental dan fizikal apabila handle
kes-kes ni. Semua kes penderaan kena siasat dalam tempoh 24 jam. Selepas dapat rujukan kes, terus ke tempat kejadian
atau jumpa dengan mangsa dan keluarga. Selepas tu bawa ke hospital untuk
medical report dan proses seterusnya.
Kak Za tak nak cerita tentang proses pengurusan kes sebab
takut salah etika pulak. Maklum la, rahsia kerajaan. Hehe. Kak Za pernah kena tegur oleh Tuan Pengarah
(Mr. Pillay) atas sebab-sebab tertentu. Menggigil
kepala lutut apabila mengadap Tuan Pengarah. Kak Za terharu sebab Tuan Pengarah
tegur dengan lembut budi bahasa. Sebagai orang baru setahun jagung, tentulah
ada salah silap Kak Za dalam menjalankan tugas dan amanah. Kak Za tak boleh la dengar orang marah-marah Kak
Za. Kak Za boleh terima teguran dan kritikan yang membina.
Buku-buku akta sentiasa di depan mata untuk dijadikan rujukan
dan panduan. Kak Za tetap minta khidmat nasihat dengan otai-otai Bahagian
Kanak-Kanak ni. Kalau otai-otai sibuk, kak Za akan call Pengarah Bahagian di
ibupejabat. Pada zaman Kak Za, Puan Siti Darmawan lah tempat rujukan. Mahkamah
dah jadi pejabat kedua Kak Za. Rumah Kanak-Kanak Cheras juga sentiasa
dikunjungi.
Kerap juga apabila Kak Za nak punch card balik, ada pula
panggilan telefon mengenai kes penderaan. Terpaksa la pergi ke tempat
kejadian. Jarang benar Kak Za dapat
balik ke rumah tepat pada masanya. Itu
belum lagi dapat panggilan tengah-tengah malam. Macam biasa la. Gosok gigi,
basuh muka, salin pakaian, terus tahan teksi. Kalau ada staf lain, boleh
tumpang kereta sekali.
Bukan senang nak selamatkan satu-satu kes. Antara kes yang segar dalam ingatan Kak Za
ialah bayi 2 tahun yang disahkan HIV.
Dia dahagakan kasih sayang ibu. Dia menangis semasa ‘berpisah’ dengan Kak
Za. Semasa tunggu kes mahkamah bersidang, bayi ni berak pula. Ya Allah,
bayangkan budak HIV yang penuh dengan luka.
Pendek kata dah kering air mata Kak Za selepas selesai
satu-satu kes.
Memandangkan semua Pelindung jarang-jarang ada di pejabat
sebab semua keluar siasat kes, ke mahkamah, RKK dan sebagainya, maka Boss Kak
Za menstruktur semula tugas-tugas bahagian. Kak Za kena wat kes-kes anak angkat je. Anak
angkat ni ada 2 akta. Akta Pendaftaran Pengangkatan dan Akta Pengangkatan.
Akta Pendaftaran Pengangkatan digunapakai untuk semua pemohon
muslim dan bukan muslim. Kak Za kena wat
laporan sosial untuk ‘diangkat’ ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Manakala Akta Pengangkatan digunapakai untuk non muslim
sahaja. Pemohon memohon melalui Mahkamah Sesyen dan akan ‘pasang’ lawyer. Setiap hari Sabtu, Kak Za akan ke Mahkamah
Sesyen untuk sebutan kes. Kami kena wat Laporan Guardian Ad Litem. Mat-mat salleh pun ramai juga yang memohon anak
angkat. Kak Za ni pemalu. Tambah pula
dengan tak pandai speaking. Pejabat kedutaan, kondominium mewah , perumahan
elit adalah tempat Kak Za selalu tuju. Jumpa dengan orang kedutaan membuatkan Kak Za
rasa macam duduk luar negara. Pernah tau Kak Za kasitau sama dengan Kedutaan
Mexico. Kak Za kata tak pandai speaking. Dia kata dulu pun dia tak pandai
speaking juga. Dia kata kita sama-sama belajar ye.. Hehehe... Paling best dapat
jumpa model zaman 90 an dulu. Wah.. cantiknya diaaaa.... Terkejut dia apabila
Kak Za tau dia model. Sebab dia dah tak aktif dalam bidang modelling dah. Tu
yang dia terkejut tu. Kena pula ‘muslimah’ yang tegur.
Paling Kak Za tak leh lupakan, ada satu kondo mewah yang
bernilai jutaan ringgit. Dari pintu pagar, pintu lif, pintu rumah, pintu bilik
semuanya kena pakai kad. So, terpaksa lah Kak Za kena wat temujanji dulu
sebelum ke rumah pemohon. Barang-barang dalam rumah semuanya bernilai pulihan
ribu ringgit. Kak Za tertukar bilik tidur dengan bilik mandi. Fullamak..
Betul-betul macam dalam cerita omputeh dalam tv tu. Kadang kala, merasa naik
kereta mewah. Ye lah kan, nak pergi ke
rumah diorang, kena temujanji kat mana-mana dulu. Selalunya, LRT la tempat
pertemuan. Ada juga mat-mat salleh ni
kasi duit tambang, tapi Kak Za tolak dan Kak Za kata, Kak Za boleh claim TNT
dengan jabatan.
Selain itu, ada juga kes permohonan anak pelihara dengan
jabatan. Untuk status anak pelihara, sebelum diangkat sebagai anak angkat
mengikut akta, ianya dipanggil anak pelihara. Biasanya pemohon memilih bayi,
yang comel, putih melepak dan jantina lelaki. Adoi.. Keutamaan kepada pasangan yang sukar dapat
anak. Tetapi pemohon tak boleh nak
mengharapkan sangat sebab status anak yang diingini sukar diperolehi. Semuanya
bergantung kepada kanak-kanak di rumah kebajikan. Dan tak semua kanak-kanak di rumah
kebajikan boleh dijadikan anak angkat. Bergantung kepada seksyen berapa yang
diorang masuk ke rumah kebajikan tu.
Antara tugas di bahagian ni adalah kes-kes keganasan rumah
tangga. Mak ai. Semua mangsa keganasan rumah tangga ni bukan calang-calang
orang tau. Ada yang jurutera, arkitek, pendek kata golongan profesional tau.
Fuh! Kami kena ‘teman’ mangsa untuk dapatkan Interim Protection Order (IPO). Tu
pun selepas melalui proses dengan pihak polis. Yang mana tak de tempat tinggal, kami akan
dapatkan tempat perlindungan sementara. Kes-kes macam ni pun tak kira masa dan
waktu. Kena bersedia mental dan fizikal juga. Itu belum lagi dapat ugutan
daripada pihak pemangsa. Sekiranya pemohon dah melalui proses dengan pihak
mahkamah syariah, maka kami akan galakkan pemohon memohon perintah perlindungan
dengan pihak mahkamah syariah. Sebab mahkamah syariah ada enakmen dia sendiri. Lebih
kurang macam IPO juga. Kes-kes macam ni
pun boleh dikatakan setiap minggu/bulan ada tau.
Kak Za masih ingat lagi. Pada suatu hari, Puan Siti Darmawan
dari HQ call, dia suruh datang ke HQ untuk ambil format laporan. Sebab ada 2
kes dari luar negara yang kami kena handle. Kes dari Amerika Syarikat@Australia
(lupe dah negara mana) dan Thailand. Fuh! Laporan bahasa inggeris tu ditulis
oleh Puan Jamaeah.
Walaupun hanya setahun Kak Za duk bahagian ni, namun
pengalaman cukup bererti. Kes mencurah-curah setiap hari. Tapi Kak Za tetap
lalui dengan senang hati.
![]() |
Sumber google |
16.2.2005, Kak Za selamat bertugas di PKMJ Pasir Mas. Bye2 KL. Lain entry, Kak Za akan cerita
pengalaman di Pasir Mas pula ye.
Comments
Post a Comment