Assalamualaikum.. Kak Za nak kasitau kat reader semua. Sekarang ni Kak Za dah ada cara simpanan masa depan. Goldbar. Misi Kak Za ialah simpan 1 gram 1 bulan.
Selalunya kita simpan duit, tapi duit akan susut nilai dari semasa ke semasa. Itupun kalau simpanan duit tu tak terusik la. Kadang kala tu mesti korek balik tabungkan?
Semua orang tahu beli @ simpan barang kemas merupakan pelaburan yang amat baik. Tapi ianya tetap sukar untuk wat simpanan. Maklumlah harga barang kemas mencecah ribuan ringgit. Cincin belah rotan pun harga RM3++.
Kak Za hanya mampu terkebil-kebil tengok orang pakai gelang emas sekerat lengan.. Kihkihkih.
Kawan Kak Za aktif membuat simpanan dan menjual emas goldbar. Ada goldbar 1 gram, 5 gram, 10 gram, dinar. Goldbar ni emas tulen 999.9. Barang kemas 916 pun ada.
Kak Za amat tertarik hati dengan goldbar daripada Powergold ni. Akhirnya Kak Za dah jumpa cara nak wat simpanan. Kata orang sedikit demi sedikit. Lama-lama jadi banyaklah.
Misi Kak Za ialah 1 bulan akan Kak Za beli 1 gram goldbar powergold. Harap-harap Kak Za istiqamah menyimpan emas goldbar ni. Setakat harga RM1++ Inshaa Allah boleh.