Seloka Kasih Ibu Bapa

Ibu bapa sibuk sekali,
Mencari rezeki sesuap nasi,
Untuk anak-anak dan isteri,
Rezeki secubit tetap dikongsi.

Sudah menjadi adat duniawi,
Termasuk ahli keluarga sendiri,
Warga miskin dipandang sepi,
Tanpa sijil kasih tak bererti.

Sungguhku tak mengerti,
Kasih ibubapa sukar difahami,
Air mata mengalir untuk  anak yang lapar nasi,
Rela kering poket untuk anak dikasihi.

Sumber Pejabat Mufti WPKL



Nasi segengggam rezeki dikongsi,
Anak beranak disuap ibu dan ummi,
Kasih sayang tetap dirasai,
Kini awan mendung yang kurasai.

Diploma degree dan PHD,
Itu secebis rezeki Illahi,
Gaji ribu riban pemberian Illahi,
Hormat menghormati tak perlu diajari.

Pemberian RM10.00 tak pernah bererti,
Sukar sekali nak memberi,
Ibubapa tak berdaya lagi,
Membanting tulang demi sesuap nasi.

Borang JKM18 sudah diisi,
Maklumat anak-anak berjawatan tinggi,
Warga JKM tak boleh kasi,
Harap semua dapat fahami.