27.12.2014...Kisah banjir Kuala Krai lagi ni. Hari keempat
bencana banjir di Kuala Krai. Kali ni Kak Za nak cerita kisah seorang suami
yang menyelamatkan isterinya. Memang syahdu dengar cerita Abe Man. Alkisahnya,
semalam boss ada bagitau yang abang iparnya nak pergi ambil ahli keluarga yang
terkandas di bukit.
Semalam Kak Za bermalam di ofis. Tapi pagi ni Kak Za balik
rumah jap sebab nak ambil pakaian. Dah habis stok pakaian kat ofis. Rupanya
pagi tadi, boss dan pemandu, abe Man pergi ke Kuala Krai. Pada awalnya mereka
pergi hanya untuk hantar bekalan makanan di Machang. Alang-alang tu, mereka ke
Kuala Krai. Abe Man nak pergi ambil
isterinya yang terkandas di bangunan Wisma. Katanya sedih dia melihat keadaan
isterinya. Memang trauma dan keletihan yang teramat. Isterinya bertugas di
Klinik Chenulang. Sehelai sepinggang.
Abe Man pergi jenguk suami dan anak-anak Kak Za di Masjid
Guchil, tapi tak jumpa. Tapi, takpelah. Belum rezeki lagi Kak Za nak jumpa
dengan anak-anak. Ada hikmah yang tersirat. Kak Za terharu juga la sebab boss
dan abe Man sudi bantu Kak Za.
Dari perumahan polis tu (destinasi yang boleh dilalui dengan
kereta), abe Man naik bot tentera. Sepanjang perjalanan ke Wisma, abe Man
terpaksa bertukar bot sebanyak 4 kali. Macam-macam
yang dia tengok atas permukaan air. Baunya, Masya Allah. Erk.. Kak Za takut nak
taip la..
Katanya, ramai sangat mangsa di wisma. Kadang kala sekampit
beras sahaja yang sampai di wisma. Betapa sukar untuk menghantar bekalan di
wisma pada awal kejadian banjir. Tapi sekarang ni banyak dah bekalan makanan daripada
pelbagai sumber.
Kata abe Man, mangsa di Masjid Guchil takde masalah dari segi makanan. Ada tok siak
masjid yang menguruskan keperluan makan minum mangsa. Cukup atau tidak, tak
pasti pula.
Abe Man bagi panduan sekiranya ingin keluar dari Kuala Krai.
Doakan agar misi ingin keluarkan ahli keluarga Kak Za esok berjaya.
Malam ni, Kak Za dapat dengar suara suami. Pinjam telefon tok
siak. Terima kasih tok siak. Pok Jak namanya. Ya Allah. Rindunya dengar suara
suami walaupun sekejap. Tak leh nak darling-darling la wei.