ASIA PACIFIC SUPPORTED EMPLOYMENT AND JOB COACH SEMINAR 2015 5 – 6 MEI 2015 THE ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
Assalamualaikum dunia....
Apa khabar? Hari ni Kak Za rasa bersemangat nak
cerita tentang seminar tajuk seperti di atas. First time seminar dengan
delegasi asia pasifik. Rasa macam Kak Za pulak yang duk kat luar negara..
Hihi.. 100% english spoken. Delegasi
dari Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos PDR, Mnyanmar, Filipina, Singapura,
Thailand, Vietnam, Malaysia, East Timor, Fiji, Bangladesh, India, Jepun, China
dan ILO Beijing.
Hari pertama, ceramah oleh Professor Hiroshi Ogawa
tentang Job Coach. Prof ni ada buku tajuk ‘Introduction to Job Coach Promoting
Sustainable Employment of Persons with Disabilities’. Prof dari Otsuma Women’s University, Japan ni
la pelopor Job Coach ni. Ramai dah OKU serata asia pasifik berjaya bekerja dan
dapat jana ekonomi sendiri. Bukan senang tau nak latih OKU bekerja dan mendapat
kepercayaan majikan untuk ambil OKU bekerja ni.
Lepas tu dengar pula ceramah dari Mr. Katsura
Oikawa (Chief Advisor) tajuk ‘Progress and Outcome of DSW – JICA Project to
Support Participation of Persons with Disabilities’. Kak Za malas la nak tulis intipati 2 orang
penceramah ni. Hihi..
Sebelum lunch, Menteri Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
merasmikan seminar ni. Kak Za sayang menteri ni tau. Sentiasa senyum, mesra,
prihatin mendengar setiap luahan rakyat. Paling menarik, sporting tau. Tak de
la nak protokol bagai kalau jumpa menteri. Tahu tak YB ni menteri kementerian mana?
Sebelah petang pula, Pengarah Jabatan Pembangunan OKU pula membentangkan
tentang sejarah, pelaksanaan, pencapaian dan cabaran dalam melaksanakan program
sokongan pekerjaan dan Job Coach kat Malaysia. Terbaikkkk...
Seterusnya, slot ‘Country Sharing’. Timbalan
Setiausaha Agung (Strategik) sebagai moderator. Hebat-hebat belaka perkongsian maklumat
oleh China, ILO Beijing, Filipina dan Singapura tentang dasar dan pelaksanaan
program sokongan pekerjaan kepada OKU. Tak jauh beza dengan pelaksanaan di
Malaysia.
Sebelah malam pula, ada dinner dengan Menteri. Best
tau. Eat non stop. Menu chinese gittew.. Ada 3 orang doktor pakar psikiatri duk meja
yang sama dengan Kak Za. Suka tengok diorang. Walaupun rasa kekok, tapi diorang
mesra dan sporting. Ada juga la
persembahan kebudayaan Malaysia. Maklum la, nak memperkenalkan keindahan budaya
dan seni kepada delegasi. Paling best,
Caliph Baskers juga wat persembahan. Baru berkesempatan tengok secara live.
Doktor sebelah Kak Za pun minat juga
dengan Caliph Buskers.
Timba ilmu dah, kenyang dah, masuk tidur la pula. Esok
sambung lagi.
Hari kedua juga best. Tak rasa boring dan mengantuk
langsung. Ceramah oleh Ms. Aiko Akiyama
(Senior Social Officer UNESCEP) tentang ‘Incheon Strategy’. Fokus tentang matlamat no. 1. Tahu tak apa tu
UNESCAP?
Slot seterusnya, perkongsian pengalaman oleh Job
Coach dan majikan di Malaysia. Antara Majikan yang banyak membantu golongan OKU
dengan mengambil OKU sebagai pekerja ialah Mohamed Mydin Holding Berhad. Harap-harap majikan lain dapat mencontohi
Mydin. Ms. Yeo Swee Lan adalah konsultan JKM – JICA Project.
Slot ‘Country Sharing’ amat menarik perhatian Kak
Za. Perkongsian pengalaman antara Job Coach dan OKU. Ms. Yuri Shibuya merupakan
OKU yang bekerja di Shiseido Co. Ltd, Japan. Bekerja sebagai pembantu dobi.
Tertarik dengan kata-katanya: I WORK, I CAN WORK, I WILL KEEP A WORKING.
Doktor Pakar Psikiatri juga menceritakan tentang
pengalaman dalam melatih OKU Mental.
Peserta ni merupakan OKU Mental (schizophrenia). Mendengar ceritanya
juga membuatkan Kak Za terfikir. Dahulu,
dia seorang yang berjaya, tapi disahkan pesakit mental. Bukan senang nak
memulihkan kembali keyakinan diri dan membina semula hidupnya.
Sesi ‘Reflection And Response’ mendapat sambutan
yang baik oleh peserta. Rata-rata ramai yang bersemangat untuk melaksanakan
supported employment di negara masing-masing.
Tak kurang juga memuji Malaysia sebab berjaya juga melaksanakan program
ni.
Majlis penutup di akhiri dengan ucapan oleh KSU
Kementerian PWKM, Dato’ Sabariah Hassan.
Selepas makan tengahari, delegasi di bawa melawat
ke tempat di sekitar KL. Tak tahu la pula ke mana diorang pergi. Kami peserta
tempatan tak boleh pergi. Huwaaaa.. Tak aciiiii....
*nota: gambar ni kebanyakkannya ambil daripada fb
YB Menteri. Mohon maaf sebab copy gambar. Segan la nak pusing-pusing dalam dewan seminar sebab nak ambil gambar.
*serikandi tercipta*