Minggu lepas Kak Za sempat menonton Phua Chu Kang. Apa yang menarik hati Kak Za ialah ipar dia (tak ingat nama) makan sandwich bersama alfalfa segar. Serta merta teringat alfalfa shaklee. Sebelum pregnant tahun lepas, Kak Za ada beli tapi stop makan dulu sebab pregnant.
Kak Za tetiba je rasa rajin nak buat masker. Semangat molek ter... Sebenarnya sepanjang tempoh pregnant dan berpantang, Kak Za jarang2 cuci muka. Punyalah malas tahap gaban. Maka 2 biji alfalfa telah ditumbuk halus. Kak Za letak dalam plastik, pastu tumbuk je guna alu lesung. Taruk air sikit asalkan boleh ditepek kat muka. Mula2 tu rasa nyaman dingin je. Sejuk je rasanya. Bau herba semerbak. Macam bau pudina gitteww.. Damai je rasa hati ini..
Selepas beberapa jam, hidung mula berair. Kahak pun rasa cair. Oooo healing crisis.. Dia sedang mendetoxkan wajah Kak Za ni.. Hadoi.. Banyak mana la agaknya hama resdung duk merayap kat muka ni.. So, ianya amat sesuai untuk pesakit resdung..
Selepas beberapa jam, Kak Za basuh muka sambil2 scrubkan muka.. Bilas wajah dengan sebersih bersihnye..Fuhhh 'koya' semeta perasaan.. Hihihi..Rasa lembut je kulit muka. Kalau rajin amalkan, Insya Allah parut2 jerawat akan hilang.. Kulit mati dan kasar pun akan hilang.. Jom detoxkan wajah kita..
Alfalfa shaklee ni antara supplement yang paling Kak Za suka. Sebab, ianya sebagai milk booster. Makan 3 biji pagi, 3 biji selepas makan tengahari dan 3 biji selepas makan malam. Maksimum sehari 10 biji.. Yang penting kena minum air banyak tau.. 1 liter untuk setiap berat badan 25 kg..
Haaa ada lagi.. Sebagai kacip fatimah gituuu.. Hahaha.. uolss faham sendiri la deh.. Kalau ada penyakit keputihan, memang sesuai untuk membantu anda..
Oklah.. kat bawah ni Kak Za listkan kebaikan dan manfaat alfalfa shaklee..
Alfalfa shaklee |
Manfaat alfalfa
1. Penawar keputihan
2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
3. Resdung
4. Allergi
5. Melegakan sakit sendi dan belakang.
6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
7. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
8. Memberi kelegaan semasa haid.
9. Merawat arthitis
10. Bagus untuk elergi dan ekzema
11. Merawat asma
12. Mencuci usus bagi membuang toksik
13. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
14. Jangkitan dalam buah pinggang
15. Meneutralkan asid dalam badan
16. Merawat masalah keputihan pada wanita
17. Menganjalkan payudara bagi wanita.
18. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.
19. Memulihkan urat selepas bersalin
20. Membantu merawat bahagian intim wanita.
21. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri
22. Melegakan sembelit
Comments
Post a Comment