Kenapa perlu sindir dan marah pada Maya Karin
mengenai isu Bahasa Inggeris. Che kak tak nak komen siapa yang betul atau siapa yang salah. Terpulang
pada pandangan masing-masing.
Che kak cuba bawa kisah diri che kak sebagai
seorang budak sekolah. Budak sekolah yang tidak pandai berbahasa inggeris
akibat kesilapan yang entah siapa yang patut disalahkan selain diri sendiri.
Zaman che kak sekolah rendah dulu, che kak
masih ingat lagi setiap hari Rabu adalah
hari berbahasa inggeris. Wajib speaking walau apa jua situasi.
Pada suatu hari, che kak nak beli pensel di
koperasi sekolah. Haderrr berdebar wakkk nak speaking. Malu, segan, takut kena
marah. Risau kena ejek.
“I want to buy a pencil’.
Maka che kak dapat la beli sebatang pencil
selepas kena paksa dengan guru koperasi. Haha. Lawak betul. Bangga tahap gaban
wakkk. Hilang rasa gemuruh nak speaking. Balik dari sekolah, excited cerita kat
ma dan ayah. Gayanya macam anak dia pandai speaking dan masuk pertandingan syarahan
bahasa inggeris.
Nak speaking ‘london’ ni memang jiwa kena
kuat. Kena kental. Kena usaha berlatih bercakap walaupun kita sekadar nak minta
nasi dengan mak kita. Kena latih dari anak masih kecil lagi. Kalau dah jadi
kanak-kanak purba macam che kak ni, hanya keajaiban je la mampu ubah mulut kita
untuk pandai berbahasa.
Semasa berada di Tingkatan Peralihan, che kak
duduk di belakang sekali. Che kak tak leh fokus kalau duk kat belakang. Style
che kak belajar ialah fokus dalam kelas 300%. Kalau duk belakang, che kak akan
hilang tumpuan.
Che kak tak boleh nak belajar dengan cara baca
buku tanpa ada guru. Kalau baca buku, ibarat che kak tengok buku zaman kuno
dalam tulisan Mesir kuno. Tengok saja je tak faham apa kebenda isi dalam buku. Che kak kena dengar dan lihat sesuatu ilmu
melalui guru.
Dari tingkatan 1 hingga 4, che kak bersekolah
di sekolah bawah kelolaan YIK. Guru bahasa inggeris memang jarang kekal
mengajar dalam tempoh yang lama. Kadang kala tiada pengganti dalam tempoh yang
lama juga.
Ayah che kak beli buku latihan bahasa
inggeris keluaran Maktab Adabi Gaya Pos. Ayah che kak juga beli kaset komunikasi
bahasa inggeris yang berharga ratusan ringgit. Tapi, che kak malas nak belajar dengan cara macam
tu.
Cara che kak nak belajar mesti ada juga guru
yang mengajar, rakan yang sporting dan persekitaran yang mengutamakan
berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
Che kak pernah cabar diri dengan masuk
pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris. Tahu tak che kak dapat nombor
berapa? Nombor 4 daripada 4 peserta. Hahahaha. Okey la kan daripada tak cuba
langsung.
Apabila kita tak pernah berkomunikasi bahasa
inggeris, maka tiada lagi keyakinan untuk speaking. Maka che kak meneruskan
hidup dengan tiada keyakinan dan kepandaian dalam berbahasa inggeris.
Terasa sangat rugi apabila che kak tidak
pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Apabila berada di alam pekerjaan, che
kak terasa sangat betapa pentingnya kena pandai berbahasa inggeris.
Semasa che kak bekerja di JKMWPKL, che kak selalu
kena jumpa dengan mat salleh warga Mexico la, Amerika la, Australia la. Selalu
je kena bawa member jadi tukang translate.
Ruginyaaaa…
Tak jatuh maruah bangsa dan agama apabila
kita pandai speaking. Malahan orang asing akan tabik spring kat kita kalau kita
mampu berkomunikasi selain dari bahasa ibunda kita.
Semasa che kak aktif jual nasi kerabu
express, che kak selalu je dapat order dari luar negara. Apabila dapat pm wasap
dan fb dalam bahasa inggeris, che kak usaha juga balas dalam bahasa inggeris.
Hasilnya, nasi kerabu express che kak sampai ke USA.
#Teringat cerita mendiang Sri Devi dalam
filem English Vinglish.
#pelikbinajaibapabilabergaduhautomatikspeakinglondon
Comments
Post a Comment