Adakah belajar di sekolah arab biasa tiada masa depan dan tiada peluang untuk mencipta kecemerlangan akademik dan kurikulum?
Adakah masa depan pelajar cemerlang akan ternoktah apabila tidak memilih aliran sains di sekolah terpilih?
Adakah masa depan akan gelap gelita sekiranya tidak mendengar pendapat pelbagai pihak tentang masa depan anak kita?
Kenapa aliran sains sahaja dipandang tinggi dan seolah-olah hanya itu sahaja peluang untuk berjaya dalam hidup dan kerjaya?
Kenapa kita selalu dimomokkan bahawa cemerlang peperiksaan, mesti kena sambung belajar aliran sains?
Apakah fakta dan statistik semua pelajar aliran sains yang telah berjaya dan cemerlang masa depannya?
Fasa belajar di sekolah adalah fasa untuk mendidik sahsiah dan akhlak serta mencari ilmu untuk menjadi seorang insan yang berakhlak dan bertaqwa.
Che kak lebih suka anak-anak belajar tanpa tekanan. Bebas belajar mengikut kehendak dan keupayaannya tanpa tekanan pihak sekolah nak kekalkan raking kecemerlangan sekolahnya.
Sebagai ibubapa, kita menghormati pilihan anak-anak. Abang Aiman pilih nak kekal belajar di sekolah lamanya. Jangan dimomokkan seolah-olah masa depan dia punah kerana tidak memilih belajar di sekolah yang lebih hebat.
Che kak juga lepasan sekolah agama biasa juga. Syukur alhamdulillah rezeki Allah tak ternilai nikmatnya che kak kecapi sehingga kini.
Cita-cita che kak nak jadi ustazah tentera atau KAGAT. Suka betul tengok uniform KAGAT. Dapat A1 dalam subjek Pendidikan Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Bahasa Arab Tinggi masa SPM 1997 membuatkan hati che kak berbunga-bunga nak sambung belajar kat Nilam Puri atau Jordan.
Tapi rezeki che kak dapat sambung belajar Diploma Pembangunan Manusia UPM selama 2 tahun setengah.
Budak sekolah arab 'tersesat' dalam subjek ala-ala sains dan kemanusiaan. Semester pertama memang jatuh teruk. Pointer 1.7 aje. Nasib baik tak kena tendang keluar dari UPM. Hikmahnya dapat jodoh student UPM juga. 😝
Rupanya rezeki che kak sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
#SEK MEN AGAMA AL-IHSAN, KUANTAN 1992
#SEK MEN AGAMA ARAB AZHARIAH, MELOR, KOTA BHARU 1993-1996
#SEK MEN KERAJAAN AGAMAS IBU, SARAWAK 1997
#UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG 1998-2000
Comments
Post a Comment