Best juga layan cerita Edie. Duk tengah tekan remote sebab tak tau nak tengok citer apa, tertarik la pulak tengok wanita warga emas ni duk tengah berjalan.
Che kak memang tak minat drama melayu projek juta, anak orang kaya kawen orang miskin. Baik layan Rambo. π
Lepas tengok citer ni, terberangan juga la nak merantau keliling dunia lepas bersara. Kena simpan duit banyak-banyak la ye. π
Wanita warga emas tu, Edie namanya 83 tahun. Impian nak daki gunung kat Scotland.
Impian mendiang ayahnya yang nak daki gunung dengan dia.
Kenapa terinspirasi sangat citer Edie ni.
Tapi takde la che kak nak daki gunung sebab nak panjat tangga cuci kipas pun gayat giler tahap gabanπ π€£. Inikan pula nak daki gunung. Panjat Bukit Keluang pun tak pernah.
Edie tak kesampaian nak daki bersama ayahnya sebab jaga suaminya sakit 30 tahun lamanya.
Suami dan ayahnya dah meninggal. Namun impian tetap perlu ditunaikan.
Secara logik akal adalah mustahil untuk seorang wanita 83 tahun nak daki gunung.
Semangat. Tapi semangat saje masih belum cukup kuat untuk capai matlamat.
Semangat ni kadang-kadang boleh hilang. Semangat terkulai di tasik daun teratai.
Untuk apa Edie nak daki gunung? Cari nahas je kan. Tapi itulah impian dia walaupun dia sendiri hampir putus asa dan tak yakin dengan kemampuannya.
Tetapkan matlamat dan impian 'big why'.
Edie terjumpa seseorang yang masih muda baya cucu atau cicit kot. Akhirnya tak tersengaja jadi kawan baik dan mentornya. Sentiasa support Edie.
Sentiasa bagi sokongan moral dan ajar cara-cara nak berkhemah, berdayung, tingkatkan stamina dan sediakan peralatan yang sesuai untuk mendaki.
Macam tu la juga kita. Cari mentor yang boleh tunjuk ajar, bagi sokongan dan sentiasa tegur kesilapan kita.
Kita pula kena dengar nasihat mentor walaupun muda dari kita sebab mentor ada ilmu dan pengalaman dalam bidangnya.
Pasti ada orang pandang rendah pada Edie. Tapi Edie, tetap go on. Why? Sebab itu impian dan matlamat dia. So, kita kena hati kering kalau nak berjaya.
Dugaan dan cabaran tetap ada. Dayungnya terjatuh. So, dia relax dan bertenang. Dia tak panik nak terjun sungai nak ambik dayung yang dah hanyut jauh darinya.
Apa yang dia buat. Tido je dalam perahu. Eh sampai juga ke tebing akhirnya.
Lepas tu dia pasang khemah. Pada awalnya Edie ada khemah lama. Susah juga nak pasang khemah lama. Tapi mentor dia bagi khemah baru dan mudah dipasang dan disimpan balik.
Teringat khemah banjir JKM. Salah satu inovasi untuk mangsa banjir kat pusat pemindahan sementara.
Dulu takde nya nak tido dalam khemah. Laki perempuan selamba je tido macam ikan goreng dalam pinggan.
Tu diooo walaupun duk dalam khemah, Edie tetap membaca. Kita?? Suka baca gosip retis je. Artis mengandung bape bulan pun sibuk nak tau. π
Semasa perjalanan diteruskan, hujan dan ribut wei. Khemah melayang ikut arus ribut.
Memang tawakkal giler la masa tu dan tetap teruskan perjalanan cari port selamat.
Rezeki Edie terjumpa bangsal seorang pemburu. Nampak bengis tapi rupanya baik. Tak buat jahat dan aniaya pada Edie dah satu rahmat. Eh siap bagi breakfast lagi tau.
Kawan baiknya tetap risau sebab hujan ribut tu. So, dia keluar mencari Edie. Risau la wei wanita 83 tahun duk atas gunung sorang-sorang tengah ribut.
Kita? Mak duk sorang-sorang kat rumah ada tak kita risau dan gi jenguk dia? Tapi zaman Covid-19 ni tak yah la berpusu-pusu balik kampung kalau bergejala. Tambah beban pulak.
Berbalik pada Edie, dia lepaskan beg galas yang menjadi bebannya. Sikit je lagi nak sampai ke puncak gunung.
Maksudnya kalau ada sesuatu yang membebankan kita untuk capai impian, lepaskan.
Slowly daki tapi sampai juga ke puncak gunung.
#Edie
Comments
Post a Comment