TANGGUNGJAWAB SIAPA JAGA BAPA MENTUA LUMPUH?

Che kak nak share satu kisah benar.


Che kak tak tau la dio ni hati suci murni ke atau ? 


Zu (bukan nama sebenar) tinggal bersama mentua. Mentua lelaki strok  lumpuh. Semua urusan jaga mentua Zu yang uruskan dari A hingga Z.


Suami Zu yang merangkap anak kandung mentuanya tak bantu langsung dengan alasan penat keje.


Zu ada anak sorang masih kecil. Sekarang ni tak tau la berapa orang sebab dah lama tak jumpa. 


Mentua Zu walaupun lumpuh tapi mulutnya tak lumpuh. 'Bekeng lebih pado rimau'.


Tapi Zu sabar  urus mentuanya. 


Gambar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan watak cerita ini.



Lepas urus mentua, Zu akan ke rumah keluarganya pula untuk urus adik-adiknya. Kampung sebelah. 


Ibu kandung dah meninggal. Ayah kawen lain dan duduk kampung lain.


Ayah tak bagi nafkah dan jaga adik-adik. Sebab ayah pun tak keje. Sakit jantung katanya. 


Adik beradik tetap bantu ringankan beban Zu. Kakak sulung yang keje di KL bantu bagi belanja untuk adik-adik Zu. 


Paling syahdu apabila anak-anak mentuanya balik konon nak tengok ayah yang sakit, tapi.................. 


Tetap sibuk dengan henpon, duk berkurung dalam bilik, keluar dari bilik sebab nak makan yang siap dihidang je. 


Keluar jalan-jalan gi sopim sana sopim sini. 


Takdenya nak tolong jaga bapanya, tukar pampers, mandikan ke, masak makanan kegemaran ke. 


Takdenya depa nak berterima kasih dan biarkan Zu rehat sementara depa dah balik kampung.


Takdenya depa nak tolong masak dan kemas rumah sama-sama.


Takdenya depa nak tolong beli barang dapur. 


Kalau sabun basuh abes, Zu juga yang kena start muto dan bonceng anak kecilnya pi kedai beli sabun.


Kalau depa dah balik ke destinasi masing-masing, Zu juga kena kemas tempat tido depa.


Si bapa mentua yang sakit lumpuh itu, tetap memuji anaknya yang balik kampung dan Zu tetap kena sumpah seranah kalau lambat tukar pampers.


#kisahmasyarakat


Comments