Bina rumahtangga kunci ke syurga
Sama kumpul pahala elak dosa
Sudah azali zaman Adam dan Hawa
Ingin rasa dicintai dan hidup bahagia
Isteri solehah perhiasan dunia
Suami soleh jaga pandangan mata
Sama cari rezeki sama berkongsi rahsia
Sama jaga aib kerana tiada yang sempurna
Mas kahwin rendah perkahwinan berkat
Ada rezeki zuriat cepat melekat
Dapat anak tanggungjawab sangat berat
Sama-sama didik berjaya dunia akhirat
Isteri dan anak adalah amanah
Berat tanggungjawab bukannya mudah
Buat ihsan pada isteri insan yang lemah
Moga rezeki suami bertambah-tambah
Wahai isteri buat pahala sangatlah mudah
Banyak sangat berkias tak sudah sudah
Suami tak faham engkau juga yang marah
Cakap terus terang kan sangat mudah
Hidup rumahtangga perlu bertoleransi
Kahwin kerana sayang bukan cari kuli
Dapat laki kaki khayal cepatlah angkat kaki
Hidup dah macam neraka walau belum mati
Ujian rumahtangga tidak sama
Ada diuji dengan wanita dan juga harta
Ingat matlamat asal nak berumahtangga
Sentiasalah tuntut ilmu dengan ahli Agama
Nak tambah kuota Islam tak larang
Pastikan poket tebal baru isteri sayang
Cukup makan pakai dan banglo satu sorang
Tak cukup nafkah nanti pinggan melayang
Jangan uji isteri dengan ucapan talak
Takut-takut suami yang melalak
Sekali aib rumahtangga terselak
Bukan simpati yang dapat tapi ketawa gelak
#chekak
#selokasantai
Comments
Post a Comment