Hari ni berkesempatan mendengar seminar pengurusan harta pusaka yang disampaikan oleh tok kadhi.
Sejak akhir-akhir ini kita dimomokkan dengan hibah dan seolah-olah faraid ini sangat menakutkan dan tidak berlaku adil kepada pewaris.
Walhal hukum faraid ni datangnya dari Allah sesuai dengan hamba hambaNya.
Walaupun kita memilih untuk bagi harta pusaka sama rata atau hibah, namun jangan sesekali berkata bagi sama rata kepada pewaris itu adalah lagi adil. Takut rosak akidah kita kerana kita terlebih pandai dari Allah.
Kena belajar dan faham konsep faraid, hibah dan wasiat.
Sekecil kecil benda yang memberi manfaat perlu difaraidkan.
Kita kena tahu sape yang layak dapat harta pusaka.
Walaupun masih pening lalat lagi tentang pengiraan, tapi dapat faham tentang turutan pewaris pun dah okey.
Comments
Post a Comment