Hari ni jamuan raya simple² je. Tapi meriah juga dengan pelbagai menu. Bajet share² dengan anak buah masing².
Banyak makanan yang che kak tak mampu nak makan sebab banyak sangat. Perut tak leh nak support. Hehe.
Malas pula nak masak malam ni sebab anak² tak nak makan. Kalau masak juga lauk nanti membazir pula. Che kak bagitau sape² nak makan, goreng telur je. Nasib baik semalam dah beli telur sepapan. Gred D. Itu je yang ada.
Kononnya malas dah nak makan. Tapi lapar la pula. Sambil terbayang² nyesalnya tak merasa semua menu raya tadi.
Sudahnya goreng telur mata, letak bawang, lada, kicap. Angkat letak dalam piring. Pasni datang menyesal sebab kalori malam2 ni tak berapa nak jalan.
#Eh eleh citer telur mata pun nak masuk fesebuk juga🙄
Comments
Post a Comment