Throwback. Masa che kak masih belajar di UPM dulu, che kak terdengar perbualan antara ibu dan anak.
Si anak bertanya kenapa semalam takpe tak pakai tudung, hari ni kena pakai tudung pulak?
Si ibu pun menjawab. Semalam kita tengok konsert hari ni kita tengok nasyid.
Terkedu bila dengar jawapan si ibu.
Walaupun si anak belum lagi menanggung dosa pahala menutup aurat,namun jawapan si ibu akan menyebabkan si anak keliru.
Macamana nak istiqamah menutup aurat dengan sempurna?
Che kak tak bermaksud nak berceramah sebab che kak bukan ustazah. Sekadar berkongsi apa yang kita tahu.
Pertama sekali, letak Allah di depan kita. Maksudnya, kita kena turut apa yang Allah perintahkan dan patuhi larangan Allah.
Tanamkan rasa takut pada azab Allah dan semaikan rasa cinta dan inginkan syurga Allah. Cari keredhaan Allah.
Apa yang Allah suruh dan larang ni, pasti ada hikmah.
Walaupun suami izinkan buka aurat, namun itu bukanlah alasan boleh menyelamatkan diri dari tidak patuh hukum Allah.
Kita tutup aurat bukan sebab kita baik. Tapi kita cuba menjadi hamba Allah yang baik.
Kedua, belajar dan sentiasalah belajar untuk meningkatkan lagi rasa taqwa dan tawadduk kita pada Allah. Tak sempat nak pergi kelas-kelas agama, follow aje media sosial ustaz. Sekarang ni mudah sangat nak dengar ceramah hanya di hujung jari.
Penceramah pun, kalau nak ceramah atau membuat teguran, elakkan la mention nama artis yang buka kain tudung. Janganlah aibkan mereka walaupun terang-terangan depa buka kain tudung.
Sampaikan sahaja ilmu agama berkaitan hukum hakam agama secara umum.
Kita pun tak payah la share gambar dan kutuk mereka.
Buat suami, sokonglah isteri agar istiqamah berhijab. Sayang tau kecantikan isteri kita ditayang kepada lelaki lain.
Kenapa bila ada yang meninggal dunia, baru ahli keluarga, sahabat handai nak melarang kita share gambar yang tidak menutup aurat?
Comments
Post a Comment