Tadi layan citer Hello Ghost. Banyak pengajaran citer ni dan tak seram walaupun citer hantu. Sekadar jelmaan roh tanpa solekan seram.
Dia cakap sorang-sorang memang orang akan cop gila. Walhal tengah layan hantu-hantu yang duk kacau dia.
Hargailah masa-masa kita bersama keluarga. Dia baru sedar hantu-hantu yang bersama dengannya adalah keluarganya iaitu mak, ayah, nenek dan budak itu adalah abangnya.
Banyak kali dah dia nak bunuh diri tapi asyik gagal. Pelik juga kenapa susah nau nak mati dan macam tak logik juga.
Rupanya keluarganya berusaha untuk selamatkan nyawanya. Ye la, hanya dia je satu-satunya waris yang masih hidup.
Hargailah nyawa selagi ada dalam jasad kita.
Keluarganya meninggal sebab kemalangan jalan raya. Hanya dia yang terselamat tapi dia tak ingat apa yang berlaku sehinggalah dia dewasa.
Dia selalu ikut maknya ke pasar dan masak jelly herba kering apa ntah namanya. Melalui jelly tu lah dia teringat balik memori semasa kecilnya sebelum kemalangan jalan raya.
Comments
Post a Comment