Semalam Abang Ahyad tunjuk keputusan peperiksaan semester kedua.
Alhamdulillah. Tak sangka Abang Ahyad mampu meraih keputusan cemerlang juga. Betul la orang kata 'hero tok ggaduh'.
Dah jumpa minat dia barangkali.
Abang Aiman macam biasa. Sapu bersih sokmo Anugerah Dekan setiap semester.
Che kak tak berniat untuk riak di muka buku ni apabila menceritakan tentang kejayaan anak-anak.
7 orang anak che kak, semuanya berbeza dalam pencapaian persekolahan masing-masing.
Cuma sebagai mak ni, risau juga dengan trend sekarang ni. Kata-kata 'gagal SPM pun boleh kaya juga'.
Semoga anak-anak che kak tak termakan hasutan ini.
Tugas anak-anak adalah belajar selagi ada peluang. Carilah ilmu setinggi yang mampu untuk dicapai.
Umi dan abi sentiasa menyokong minat anak-anak asalkan tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Apabila che kak tanya cita-cita dan impian anak-anak yang berada di IPT ni, katanya 'tak nampak bayang lagi'.
Belajar kerana kita nak ilmu. Bab nak jadi kaya ni, kalau takde ilmu pun harta tujuh keturunan boleh habis sekelip mata.
Peperiksaan ni adalah kayu ukur sejauh mana kita memahami pembelajaran dan kesungguhan kita untuk belajar.
Sekarang ni macam-macam peluang ada untuk sambung belajar. Kalau tak minat nak belajar di IPT, peluang di TVET atau pusat latihan kemahiran pun banyak.
Tak perlu difikirkan sangat bab pekerjaan. Insya Allah rezeki dalam pekerjaan sentiasa ada.
Kalau ditakdirkan kita menjadi surirumah sepenuh masa pun, kita akan menjadi seorang ibu dan isteri yang kaya dengan ilmu.
Allah dah tulis rezeki kita. Cuma kita kena sentiasa berusaha dan berdoa semoga Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat kita ni.
Di kesempatan ini, che kak nak selit cerita juga. Sebagai pelajar sekolah agama arab, dah tentu impian nak sambung belajar ke Jordan atau Nilam Puri suatu ketika dahulu.
Ingatkan dapat A1 dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah melayakkan che kak dapat sambung belajar dalam bidang yang che kak minat.
Kecewa juga la pada awalnya sebab cita-cita nak jadi pegawai tentera dalam Kor Agama. (KAGAT).
Namun che kak bersyukur juga dapat sambung belajar Diploma Pembangunan Manusia di UPM. Walaupun pada awalnya tak faham juga nak bangunkan apalah manusia ni.
Semester pertama memang jatuh tergolek. Struggle juga la habiskan 2 tahun setengah. Minat atau tak memang letak kat tepi dah.
Che kak hanya nak habiskan dan dapatkan juga diploma.
Alhamdulillah dapat juga habiskan dengan keputusan cukup makan sahaja bukan sebab tak minat tapi tak berapa rajin.
Nak sambung degree pun dalam dilema juga. Che kak dapat tawaran Pendidikan Bimbingan Kaunseling. Tapi che kak tak kuat nak teruskan belajar.
Insya Allah ada masa nanti, che kak nak cerita pekerjaan che kak sekarang ni.
Adakah mudah kerja 'jaga manusia' ni daripada janin lagi hingga dah jadi arwah atau mendiang.
Comments
Post a Comment