KENAPA SENTIASA PERLU MUHASABAH DIRI?

Balik dari meeting unit komuniti. Kenyang perut makan nasi ayam free.  Ambil peluang muhasabah diri sendiri. Banyaknya nikmat Allah dah bagi. 


Sekali sekala dapat memandu tanpa anxiety, makan roti kopi, sambil dengar lagu rock cocok pendrive tanpa CD, lepas tu istighfar termalu sendiri bila orang lalu tepi.


Hidup ini nak tenang dan happy-happy. Cari bahagia cara sendiri. Musuh jangan di cari. Ada kawan baik hormat sama sendiri.


Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri. Ada kerja cukup bulan dapat gaji. Panjang umur merasa pencen sendiri. Kalau tak suka boleh berhenti awal tanam cili.



Berkat rezeki bukan sekadar baca waqiah setiap hari. Prinsip kerja sosial juga perlu difahami. Kalau tak faham lagi gi kursus di ISM Sungai Besi. Kita kerja kebajikan bukan askar berkawat kasut kilat berkiwi.


Kita ni hanya tumpang asnaf punya rezeki. Santuni mereka dengan penuh empati. Pandanglah warga emas macam emak sendiri. Ada sebab la tu kenapa mereka isi borang mohon BWE.


Comments