Semua pakat duk upload sijil SPM dalam sistem hrmis. Che kak pun baru upload juga tadi.
Entah bila kali terakhir tengok fail sijil. Maklum la masa nak minta kerja je sibuk jaga sijil termasuk la sijil darjah 6 pun tak terkecuali.
Dah dapat kerja, simpan fail di atas para sampai berhabuk dan tunggu pewaris pusaka kemas-kemas untuk simpan dalam peti besi nanti.
Che kak ambil peperiksaan SPM masa umur 18 tahun. Lewat setahun sebab masuk kelas peralihan. Dulu ada kelas peralihan untuk sekolah agama Arab. 21 subjek bukan mudah untuk dipelajari.
Bersekolah di Kuantan lepas tu pindah sekolah di Melor, Kota Bharu. Lepas tu pindah ke Sibu. Kenangan zaman sekolah adalah kenangan yang indah sekali.
Sekolah kayu bukan halangan untuk cipta memori dengan kawan pelbagai kaum. Belajar apa itu toleransi.
Sekolah baru dalam proses pembinaan tak sempat che kak nak rasmi.
Che kak bukan pelajar cemerlang. Bukan juga pelajar yang rajin study. Waktu prep lepas Isyak suka tidur kepala atas meja. Ada apa hal sakit pinggang lama sangat duduk atas kerusi. Asalkan dapat tidur dengan nyenyak sekali.
Bunyi loceng terus masuk dorm sambung pula mimpi yang tertangguh tadi.
Petua amalan che kak ialah bagi 300% tumpuan semasa cikgu mengajar. Tak faham terus tanya. Rasa malu letak tepi.
Seronok tak seronok tetap kena belajar sebab takut result exam tak comel nanti.
Buat latih tubi sambil tengok jawapan muka surat belakang sekali.
Solat hajat dan baca Yaa sin setiap malam amalan setiap hari.
Selesai peperiksaan SPM, berbulan bulan berkurung dalam kuarters kem di Jalan Oya sebab tak tahu nak kerja kat mana masa cuti.
Bangun, tidur, makan, lepas tu balut dan jahit kotak-kotak terpakai dengan kain perca itulah aktiviti masa cuti.
Apabila tiba masa untuk ambil result SPM, Allahu robbi, tak termimpi untuk jadi pelajar terbaik di sekolah pangkat 1 agregat 8. Sungguh, ku rasa bagaikan mimpi.
Rindu pada kawan-kawan dan guru-guru yang semuanya sangat baik hati. Terima kasih kerana sudi terima Along walaupun banyak kekurangan dan menyakitkan hati.
Rindu juga pada menu ayam masak merah di asrama SEMEKAS. Sampai sekarang ku rasa rugi sebab tak minta resepi.
Comments
Post a Comment