Bergaduh dengan anak dara pun, tapi bila ngendeng nak makan sambal ikan bilis, maknya pun cair juga la.
Siap juga sambal bilis campur petai walaupun muncung maknya panjang sedepa.
Konon merajuk la dengan anak remaja.
Tapi tu la geram macamana sekalipun, hati mak tak sanggup nak marah lama-lama.
Kita juga pernah jadi remaja. Kalau kita tak jadi kawan dia sekarang, takut tersalah langkah yang membuatkan lajunya air mata kita.
Perangai menurun dari kita gamaknya.
Tak sanggup nak marah dan geram lama-lama. Waktu kita malas tahap tepu, dialah yang tolong masak nasi, tumbuk sambal belacan dan goreng telur mata.
Walaupun rasa panah pedal, tapi dialah yang kita minta tolong picit kaki dan kepala.
Walaupun rasa hangin tengok dia marah kat adik, tapi dialah yang rajin puji maknya masak sedap hingga maknya kembang setaman bunga raya.
Ingatkan nak sweet dan manja. Rupanya nak tunjuk ada barang dalam chart shopee. Gosok-gosok maknya ada makna.
Password telefon memang tak boleh nak sembunyi sebab dia punya pujuk rayu mengalahkan salesman macam pelakon telenovela.
Comments
Post a Comment