Sehari dua ni teringat sangat kat Abang Aiman. Che kak juga bercadang nak ke Terengganu hujung bulan ni sambil layan Cerita Lahad Datu.
Tak sempat hujung bulan eh. Hari ni bawa balik rumah terus haaa. Haa duk la seminggu dua kat rumah sampai sembuh luka-luka tu sebelum buat keputusan nak berhenti terus atau sambung kerja sementara cuti semester buka nanti.
Abang Aiman pantang cuti semester, pasti akan bekerja part time. Sambil cari pengalaman dan duit tepi untuk reward diri dia.
Kita sebagai mak bapak ni tak nak la halang keinginannya. Lagipun dia dah masuk alam dewasa. Pandai la dia cari pengalaman hidup yang takde dalam buku formal.
Setakat jadi ulat buku dari kanak-kanak lagi tak menjamin beliau kenal dunia luar.
Che kak teringat sangat-sangat kat Abang Aiman. Sedar jam 2.00 pagi tadi. Cek telefon, tiada apa-apa yang kecemasan. So, sambung tidur.
Tup-tup dengar deringan telefon. Nasib baik la dekat je. Perjalanan ke Terengganu lebih kurang 2 jam dari rumah.
Ya Allah, luka seluruh tubuh badan. Nasib baik takde yang patah. Bimbang juga dengan tangan '5K' masa exam SPM dulu. Orang kata buah mujur ado sokmo.
Nasib baik okey walaupun kena juga 3 jahitan kat siku.
Motor TZ nya teruk juga la. Banyak juga kos baiki tu nanti. Sedih juga la tengok motor tu sebab tu hasil usaha dia kerja kat kedai kasut bundle di Bangi dulu. Beli cash tanpa hutang. Makan pun berjimat cermat sebab nak juga beli motor idamannya.
Takpelah duit macam biasa, boleh hantar borang loan kat bank nanti kot nak beli axia rahmah pula😝.
Cermin mata pecah. Syukur juga ada 'pakcik' yang bagi pinjam cermin matanya.
Terharu juga sebab 2 orang kawan baik setia menanti Abang Aiman kat hospital tadi sehingga kami sekeluarga sampai.
Betul la kata orang. Kawan yang terlebih dahulu membantu kita semasa di timpa kesusahan.
Kalau ikutkan rancangan adik-adik ipar dan mentua akan bertolak ke Kuala Lumpur sebelum subuh tadi. Dah jadi macam ni, mana boleh depa duk diam tanpa melihat abang Aiman dulu. So, berkampung la kitorang kat Terengganu tadi uruskan apa yang patut sebelum balik ke Ketereh tengahari tadi.
Abi dia macam biasa la. Hal anak-anak memang kerja lain tolak tepi dulu.
Semoga Abang Aiman baik-baik sahaja dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus membonceng motosikal lagi. Abang Aiman kena kuat sebab sebagai lelaki ada tanggungjawab yang besar menanti.
Kepada JKR, tampung la jalan tu elok-elok jangan duk ada lekuk lekuk atas jalan tar. Tar lah mmolek sikit. Haisshhh nak kena ni. 'Pakcik' tu kata memang 'makan jasa sokmo' jalan tu.
#BulanlepaskeKedahsebabteringatkatabangAhyad
Comments
Post a Comment