Lama tak masak menu keropeh ayam masak taucu. Biasanya kalau beli ayam dua ekor, che kak asingkan keropeh ayam.
Masak taucu ni sedap guna bahagian keropeh. Keropeh ayam ni macam leher, hati, sayap, pedal, kaki.
Sukatan bahan-bahan pun che kak agak-agak je. Ikut rasa nak letak banyak mana bahan dia.
6 ulas bawang merah,
4 ulas bawang putih,
Segenggam cili padi,
3 inci lengkuas,
3 inci halia,
4 batang serai.
Semua bahan di blend.
Nak extra pedas lebihkan cili.
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan blend tadi.
Kacau-kacau supaya tak hangit. Dah pecah minyak, letak keropeh ayam yang telah dicincang.
Agak-agak dah hampir masak, letak taucu halus dalam 3 atau 4 sudu makan.
Tak kisah taucu jenama apa pun. Asalkan namanya taucu.
Tambah air sikit je.
Taucu ni dah masin. Kena beringat la bab garam tu. Nak letak gula dan bahan perasa lain pun terpulanglah.
Dah masak, letak kacang panjang yang dah dihiris lebih kurang 1 inci.
Nak letak banyak mana kacang panjang pun tak kisah.
Jangan lupa letak juga lada hijau solok.
Kacau-kacau sekejap lepas tu tutup la api dapur.
Kang hangit nanti kalau tak tutup api dapur.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment