SUKARELAWAN KHIDMAT BANTU DI RUMAH

Semalam ada perjumpaan dengan sukarelawan KBDR. Kemaskini rekod untuk dokumentasi. Bukan tak boleh buat sendiri. Tapi che kak nak sukarelawan ada rasa cakna dan bertanggungjawab dengan dokumen masing-masing.


Dah macam kelas tuisyen pula gayanya.😂 Bak kata seorang sukarelawan baik pege cok (cangkuk) la dari fail. 🤣


So far okey sangat diorang sebab bagi kerjasama yang sangat baik.


Tambahan pula che kak ada anak buah yang sangat komited. Jadi, kerja-kerja semakan fail tu berjalan dengan sangat lancar.


















Apabila terlihat fail arwah Abe Ain tiba-tiba rasa sebak. Baru sahaja menemui Pencipta kita pada minggu lepas.


Arwah sangat komited dengan kerja sukarelawan. Ringan tulang, sentiasa senyum walaupun tak cakap banyak. 


Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 


Minggu lepas juga semasa mesyuarat unit, Encik Amin ada bertanyakan  semua Penyelaras Unit  beban tugas lain selain daripada unit komuniti.


Semuanya ada 2 , 3 portfolio lain. Terkejut juga sebab terbeban dengan banyak unit yang hardcore juga la.  Che kak termalu sendiri apabila sedar diri hanya satu unit sahaja. 


Che kak pun tak faham kenapa mereka  dibebankan dengan banyak tugasan unit. Macamana mereka boleh atur masa untuk selesaikan tugas hakiki mereka. Walhal setiap unit ada cabaran dan bebannya yang tersendiri. 


Che kak dulu pun berpandangan unit komuniti ni takde kerja. Sukahati je bagi kes permohonan bantuan banyak-banyak kat Sasa. Sorry Sasa.


Terima kasih boss dan En Baha sebab memahami setara mana keupayaan, kekurangan dan kelebihan kami.


Ni menulis cerita ni sebab tengah blur nak siapkan nota audit. 40 kali duk hadap boss untuk tunjuk ajarku sifu pun duk beku lagi otak. Haha. Hadoii awat hang benok nau che kak oii.


















Comments