Ini Abe Long vs Kak Long,
Rasa nak peluk masa takut hantu pocong,
Masa bergaduh rasa macam nak terjun lombong,
Masa sayang rasa nak bagi hadiah tanah serelong.
Awaatif si bongsu kami bertanya "umi dengan abi macamana buleh jumpa dan kahwin? Cuba umi cerita."
Panjang pula nak cerita. Umi tulis je la ye untuk kamu baca.
Apa yang che kak tulis ni sekadar pengalaman yang telah kami lalui bersama.
Kenal pada tahun 2000. Belajar di universiti yang sama. Tapi lain course. Kawan suami merangkap coursemate che kak juga yang menjadi orang tengah. Cikgu Hasmadi namanya.
Nama je pasangan kekasih. Tapi kami bawa diri masing-masing. Tak berhubung sebab takde talian hayat macam zaman sekarang ni. Lagipun malu kat Persatuan Mahasiswa Islam yang kami join bersama.
Hari demi hari teruskan hidup tanpa khabar berita. Tiba-tiba dapat email putus cinta. Allahu terasa sedih dan menangis. Rupanya sakit juga putus cinta.
Solat hajat dan istikharah mohon petunjuk. Kalau takde jodoh, jauhkan si dia.
Kalau ada jodoh, nak lelaki yang tak tinggal solat, tak smoking. Oleh sebab malu dah minta macam-macam dengan Allah, dapat yang rock pun takpelah. Haaa sekali betul dapat yang rock, seluar rambu ramba.
Selepas grade, kami tak join konvokesyen. Persamaan kami takde gambar konvo nak tunjuk kat anak cucu sebagai bukti kami pernah belajar di universiti yang sama.
Rezeki suami dapat kerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sedangkan che kak masih terkial-kial mencari peluang pekerjaan sebagai penjawat awam. Teruskan kelangsungan hidup sebagai guru tadika.
Setelah beberapa kali hadir temuduga, akhirnya dapat juga kerja JKM di Kuala Lumpur. Rezeki dapat juga kerja sebab syarat bakal MIL nak suruh che kak bekerja.
Che kak faham suami sebagai anak sulung 7 beradik. Sudah tentu harapan tinggi untuk membantu keluarga terletak padanya.
5 bulan bekerja, terus kami disatukan sebagai suami isteri. Majlis ijabkabul dan bertandang dibuat ringkas sahaja.
Jimat bajet sebab tak nak buat personal loan makan tahun. Hidup rumahtangga ni nak lama.
Mas kahwin RM6K terasa mahal pada tahun 2003. Hantaran atas dulang pun yang murah dan simple sahaja.
Kami PJJ sepanjang 5 tahun pertama. Duit gaji habis macam tu je. Tapi suami pandai urus kewangan. Cukup lengkap perabot tanpa hutang dalam rumahnya.
Selepas anak ketiga, akhirnya kami dapat juga tinggal bersama.
Walaupun dah tak PJJ, tapi suami selalu outstation. Hampir setiap minggu. Itu belum lagi program MAHA yang berlangsung setiap 2 tahun sekali. Berbulan-bulan kami tak jumpa.
Arwah che (nenda suami) tanya, "yo ko mu ni Abe Long g otsteseng? Gi kolupo sokmo." Tapi che kak yakin beliau memang pergi kerja.
Tahun lepas kami PJJ sekali lagi. 4 bulan walaupun tak lama, tapi che kak dah jadi macam raksasa. Che kak dah hilang separuh nyawa.
Hantar surat rayuan kepada Dato' Dr mohon pertimbangkan suami che kak balik bekerja di Kelantan semula.
Kami bukan pasangan romantik. Hadiah bunga jauh sekali nak dapat. Katanya "nok buat gapo bungo? Buke buleh make pun."
Suami wish besday atau aniversary pun tag ramai-ramai kat fb sebab ramai ahli keluarga tarikh birthday sama.
Suami kata che kak tak kerja askar pun suara macam kapten doh. Tak pandai nak suara romantis macam Fazura.
Tengah berbual-bual pun boleh kami tanya, "bakpo marohnyo?" "Eh, bilo marohnyo!" Kami bersembang macam bukan pasangan bahagia.
Banyak la kalau nak cerita tentang tak romantikanya kami berdua.
Eh nanti che kak sambung cerita semula. Nak jaga daddy tercinta.
Comments
Post a Comment