Perkongsian di fb che kak pada 27 Januari 2021. Che kak share di blog untuk panduan dan ikhtibar kita bersama.
Che kak berkesempatan dengar tazkirah Santai Bersama Ustaz Syed di Manis FM.
Saidina Umar tanya pada sahabat-sahabatnya macamana nak kenal orang yang warak.
Sudah tentu kita akan jawab seseorang yang rajin solat, suka sedekah, rajin puasa sebagaimana jawapan sahabat-sahabatnya.
Saidina Umar kata orang baik pun solat. Orang baik dan orang jahat pun sedekah. Orang jahat pun ada yang berpuasa.
Apakah ciri-ciri orang warak? Ciri-cirinya terletak pada pakaiannya kah?
Jom kita cek diri kita boleh ke dikategorikan sebagai orang warak?
Saidina Umar mengatakan,
Apabila seseorang yang berurusan dengan dinar dan dirham (duit la maksudnya), maka dia jujur/benar.
Gambar hiasan sahaja |
Ayat mudahnya, tak ambil duit orang. Jaga hak orang sebaik-baiknya.
Contohnya, dia pulangkan baki duit orang. Tak songlap duit orang. Kalau ada orang suruh jaga duit tabung, dia jaga dengan beramanah tanpa ambil sen sen pun.
Kalau ada hutang, dia bayar hutang.
Apa-apa urusan yang melibatkan duit, jaga duit orang dengan beramanah dan jujur.
Katanya lagi, selagi kita takde urusan melibatkan duit dengan seseorang, selagi tu la kita takkan tahu dia warak atau tidak.
Penilaian dua mata kita terhadap seseorang yang rajin beribadah, bukanlah penentu dia itu warak.
Gambar hiasan sahaja |
Apabila melibatkan duit orang, jaga la duit orang dengan jujur walau apa jua situasi kita.
Kesimpulannya,
Nak tahu seseorang itu jujur atau tidak,
amanah atau tidak,
warak atau tidak,
ukurannya bukanlah pada banyaknya solat sepertiga malam,
bukan pada banyaknya khatam quran setiap hari,
bukan pada rajinnya menulis agama di medsoc,
tapi petunjuknya adalah dia jujur pada duit yang bukan haknya.
Comments
Post a Comment