Petang semalam paksa rela juga vacum dan basuh kereta. Kesian kat kereta dah lama tak mandi buih berbusa😝.
Sekadar cari semangat yang hampir padam. Anxiety datang tanpa kira masa.
Pejam celik pejam celik genap 11 tahun 6 bulan che kak bertugas di PKMJ Pasir Puteh, melebihi tempoh subsidi😂. Macam bekerja dengan pejabat bapak kita pula😆.
Esok che kak akan lapor diri di JKMN Kelantan sebelum bertugas ke pejabat baru iaitu di PKMJ Kota Bharu. Dekat je dengan rumah che kak. Tapi nak kena hadap jem tanpa roti dan kaya.
Cadangnya nak mohon pertangguhan sehingga akhir bulan ini. Belum puas nak bersama dengan rakan-rakan sepejabat. Lagipun ada tugasan yang belum siap sepenuhnya.
Bukan biasyer biasyer pertukaran kali ini. Tempat kerja che kak sendiri 5 orang yang terlibat dengan pertukaran. Baha, che kak, Bro Din, Zaidi PU dan Sasa Penyelaras Bencana.
Namun syukur alhamdulillah masih dalam negeri yang sama. Kalau pindah negeri lain, haru juga la jawabnya.
Apa yang berlaku sebelum dan hari-hari mendatang pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat Allah Maha Kuasa.
Tahun lepas lagi ada ura-ura pertukaran besar-besaran. Akhir tahun lepas che kak tulis surat justifikasi kenapa perlu dikekalkan di pejabat lama.
Lepas tu isi borang permohonan pertukaran. Dapat arahan pertukaran ke JKM Bachok. Lepas tu dapat surat pertukaran dibatalkan belum sempat ke sana.
Ramai juga yang bertanya che kak adakah guna kabel? Demi Allah takde pun kabel. Che kak akui khilaf che kak juga.
Semuanya berlaku secara spontan semasa CC call che kak tanpa che kak sempat nak fikir dengan sebaik-baiknya.
Lepas tu isi borang lain pula. Tujuan utama isi borang tukar bukan sebab dah tak nak kerja kat sini. Bak kata suami che kak, bukannya pejabat pok kito nak duduk sampai bersara.
11 tahun 6 bulan sudah tentu banyak suka duka.
Dari berat 50 kg hingga berat mata memandang. Dapat 2 orang anak bukan kerajaan😂. Tak termasuk 2 anak di syurga.🥲
Dari kereta Avanza, beralih kereta vios, lepas tu BLM (tapi selalu tersasul BMW😝) dan kini Axia.
Merasa jadi Penyelaras 4 unit iaitu OKU, Kebajikan Produktif, Penguatkuasaan dan Komuniti. Berbeza semasa bertugas di PKMJ Pasir Mas. 8 tahun berada di PM, Maka 8 tahun la unit EB (Bantuan) che kak jaga.
Merasa juga dipanggil Timbalan PKMJ😂. Sebabnya paling senior. Selain itu diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Aduan, Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ). Minggu depan baru nak pi kursus yang wajib untuk PKJ😬. Pernah juga membuat tugasan Pegawai Inspektorat, dilema nak kira dan bagi markah berapa.
Baru dilantik sebagai Pegawai Kawalan Standard Jajahan (PKSJ). Baru juga diberi tanggungjawab Juruaudit Dalaman ISO. Nasib baik sama kumpulan dengan boss juga. Boleh tiruvasi nota audit ISO boss punya.
4 kali pindah bilik. 2 bilik bawah, 2 bilik atas.😂 Aircond panas dan sejuk semuanya dah rasa.
Merasa juga bekerja bersama 4 orang PKMJ. Boss Hafiz, boss Azizan, boss Wan dan boss Fiqah. Alhamdulillah boss semuanya baik belaka. Serasi bekerja bersama-sama.
Anak-anak buah che kak pun semuanya baik dan komited dengan tugas hakiki mahupun arahan dari masa ke semasa.
Allahu, sebaknya rasa duk menaip ni. Belum lagi nak cerita tentang hubungan silaturrahim rakan sekerja.
Hanya mampu mengucapkan terima kasih segalanya.
Comments
Post a Comment