KENAPA KITA PERLU KENAL SIAPA KAWAN BAIK ANAK KITA?

Hari ini che kak dan suami berkesempatan jumpa cikgu bagi membincangkan perihal anak-anak.


Pelajar sekolah anak che kak tak ramai. Jadi cikgu-cikgu termasuk makcik kantin kenal dan tahu setiap perangai pelajar sekolah. 


Kita sebagai ibubapa kena berlapang dada sekiranya ada aduan dan laporan berkaitan anak kita.


Itu maksudnya pihak sekolah cakna dan prihatin dengan anak-anak kita.




Dah 5 orang anak che kak bersekolah di sekolah menengah agama arab berdekatan dengan rumah.


Che kak dan suami nak sangat tengok anak-anak membesar di depan mata. Sebab itu pilih sekolah ini di samping untuk seimbang ilmu agama dan akademik.


Tadi sempat la dengar makcik kantin cerita pasal Afnan. Afnan ada kawan baik seramai 3 orang.


Makcik kantin kata 3 serangkai. Sentiasa bersama ke mana sahaja. Setiap sudut dan penjuru sekolah pasti mereka bertiga sentiasa bersama. 


Bahkan nak beli makanan pada waktu rehat pun asyik berbincang nak makan apa. 


Sampai sudah makanan habis dan hampir waktu masuk kelas semula pun masih tak habis lagi berbincang nak makan apa. 


Cikgu kata mereka bertiga tak beri tumpuan dalam kelas sebab asyik duk bergurau dan bermain.



Jadi, kebetulan waktu rehat che kak sempat la  berbual-bual dengan kawan baik Afnan.


Gaya lenggoknya bukanlah budak nakal. Cuma aura budak sekolah rendah belum hilang lagi. 


Memang betul la mereka bertiga ni duk termenung nak makan apa. 


Che kak pelawa mereka pilih makanan dan che kak kata "makcik belanja."


Che kak kata tak payah termenung lama-lama nak makan apa sebab banyak lagi masalah negara nak kena fikir dan selesaikan selain fikir nak makan apa.


Lagipun bukannya ada menu banyak sangat sampaikan tak tahu nak makan apa. Haha.


Alhamdulillah kawan Afnan ambil nasi dan air sirap. 


Takkan la che kak nak halang dan putuskan persahabatan mereka.


Biarlah mereka berkawan baik sekiranya Afnan dah selesa berkawan dengan mereka.


Balik dari sekolah tadi, che kak sempat memberi nasihat kepada Afnan bagaimana nak jadi kawan yang baik. 


Buktikan persahabatan '3 serangkai' ni mampu membanggakan cikgu. Lagipun mereka masih dalam fasa boleh dibimbing lagi.


Panjang pula nak cerita bagaimana nak jadi kawan baik dan sahabat sejati.


Nanti lain hari che kak sambung ye..

Comments