KONSEP REZEKI YANG SERING KITA LUPA

Setelah 2 hari di ILKEM, tak lengkap  hidup kalau tak tulis kisah che kak di hasliza.net. Menulis untuk kenangan dan memori. 






Sebelum ini, che kak asyik duk layan rasa sedih dan kecil hati sehinggakan terlupa pada konsep rezeki. 


Che kak asyik duk layan rasa kecewa sehinggakan lupa pada prinsip sendiri. 


Pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku tidak seperti yang kita kehendaki.


Semasa di rumah, asyik duk layan perasaan, terlupa pula ada anak lelaki yang sedang bercuti.


Terus masak lauk ayam masak sambal kesukaannya dan tak lupa juga nasi.


Baru je nak sambung feeling, tetiba sakit mata tengok kain dalam raga yang dah meninggi. Terus lipat dan simpan baju dalam almari.


Sambil layan jiwa, simpan kain baju dalam beg. Nak kemas beg pun kena ada task yang terperinci. Bukan semberono simpan. Takut tertinggal berus dan ubat gigi.



Mak anak tujuh ni, memang takde can nak menyendiri. 


Terus ambil kunci kereta untuk ambil anak sekolah balik petang hari.


Teringat kat bonda, terus ke rumah beliau untuk dapatkan restu sebelum naik bas malam hari.


Alamak! Lauk dah habis sebab sedap sangat che kak masak. Alahai suamiku nak makan nasi. Kak Ilah tolong bakar ikan tawar sebab nak cicah budu campur tempoyak dan tak lupa juga cili padi.


Suami tanya kenapa moyok macam cekodok basi.


Malas nak cerita rasa sedih terbuku di hati. Cukuplah pinjamkan bahumu sekejap untuk che kak  sejukkan hati.


Alhamdulillah rezeki dapat suami yang memahami dan sentiasa di sisi.


Jam 10 malam, tunggu bas Naza dan sabar menanti. Syukur alhamdulillah Kak Zan RKK tolong beli tiket. Rezeki dapat kawan baru yang baik hati.


Baru nak terlelap, tiba-tiba terdengar bunyi meletup. Rupanya tayar pecah dan terus pemandu bas berhenti di tepi. 


Tak bagitau kat suami sebab takut beliau susah hati.


Tunggu pomen datang dari KB untuk baiki. Alhamdulillah boleh bergerak semula selepas 2 jam menanti.


Berhenti rehat di RNR Gua Musang untuk ke tandas dan minum nescafe.


Perjalanan diteruskan sehingga ke Putrajaya dan berhenti solat Subuh sebelum terlajak nampak matahari.


Alhamdulillah selamat tiba di Stesen Bas Nilai. Tengah download aplikasi grab, tiba-tiba ada orang nak ke tempat yang sama baik hati tumpangkan kami sekali.


Allahu rabbi, Allah permudahkan urusan kami.


Tiba di asrama terus iron baju dan mandi. Tak sempat nak sarapan pagi.


Dengar ceramah sambil 'angguk angguk' dan mata yang dah lali.


Rehat sekejap untuk minum pagi. Rupanya ada minuman kesukaanku nescafe. Syukur pada rezeki.



Tengah layan ceramah kursus, tiba-tiba kawan sampaikan berita gembira. Terkejut tak terkata. Allahu rabbi. Banyaknya rezeki yang Allah bagi. 



Rezeki dapat kawan yang baik sentiasa tolong dan beri sokongan. Che kak sayang kamu semua. Nanti che kak belanja makan maggi.


Kelas habis 4.30 petang terus nampak katil dan qada tidur tak sempat nak mimpi.


Baiknya roomate kerana tolong kejutkan sebab dah Azan maghrib. Masa untuk menunaikan hak Allah sebab kita hambaNya sama ada hidup atau mati.


Hari kedua berkursus rasa lebih bersemangat sebab cukup tidur dan happy.


Walaupun pelbagai dugaan yang telah menimpa kita, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi.


Jangan melihat apa yang kita tiada, tapi lihatlah apa yang kita ada. Kita permudahkan urusan orang, Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan kita juga suatu hari nanti.


Hari ini kelas habis awal, terus kami ke Bandar Sepang jalan-jalan kat Kip Mall. Saja cuci mata sebab baru dapat gaji.




Tak sabar nak balik esok jumpa family. Demi sekeping sijil kursus Pegawai Keselamatan Jabatan, sanggup hadir ke ILKEM, Bandar Enstek yang sangat cantik ini.


Comments