WAJARKAH GELARAN PU DAN DAI DIKEKALKAN KEPADA PESERTA PROGRAM KEAGAMAAN?

Dari dulu lagi che kak tak bersetuju dengan gelaran PU, DAI dikekalkan kepada peserta program bersifat keagamaan.


Walhal mereka hanya peserta program tv yang hanya bersifat keagamaan sahaja. Bukan akademi yang melayakkan mereka boleh digelar pendakwah bertauliah. 




Perbuatan segelintir mereka tak melambangkan imej agama Islam yang sebenar. 


Kemunculan influencer-influencer yang membawa imej Islamik yang  pandai berkata-kata dengan membawa ayat-ayat Al Quran sepatah dua dah membuatkan mereka dijulang.


Seolah olah mereka terlalu suci tanpa dosa. 


Jangan berselindung di sebalik agama untuk menutup kesalahan yang tak boleh dikompromi. Bahkan ada  yang sanggup buat jenayah seksual dan penyalahgunaan amanah kutipan dana derma orang awam.


Apabila melibatkan golongan mereka, semua agamawan diam. Sembunyi di dalam gua. Seolah-olah mereka semua buta dengan isu. Jangan normalisasikan pesalah yang berselindung topeng agama.


Tapi apabila ada kes isteri yang menuntut cerai terus dijaja 'dosanya seorang isteri'. Tiada simpati langsung kepada seorang isteri yang telah menderita.


Kepada isteri yang bertemu jodoh dengan perogol atau penjenayah seksual, jangan sesekali 'back up' kerana mereka adalah pesalah yang bertopengkan agama. 


Cubalah bayangkan ahli keluarga sendiri yang menjadi mangsa jenayah seksual maka apakah kita akan berdiam diri?


Comments