"Bang, bakpo tok senyum dalam gambar ni?"
"Dekpun, bang, bang, terus snap gambar tok dei nok ready".
Oh ye ke? Hehe. Silap che kak la ni.
Nasib baik tanya. Sebab itu pentingnya komunikasi. Kalau tak makan hati sampai mati.
Takpelah, janji bini nampak comel dalam frame sendiri.
"Bang, takpo ko abang mari ni?"
"Baru nok tanyo maso ni?"
Bini terus isi borang kehadiran tanpa tanya tuan badan kerana nak juga ada peneman di sisi.
Ingat sene ko che kak nok mari majlis penuh protokol seperti ini.
Segan, malu ado belako perasaan dalam jiwo ni.
Alhamdulillah dapat jugo meraso suasano pertamo kali dalam hidup ini.
Mujurlah suami sentiasa support apa yang bini dia buat selama ni.
Tiba-tiba dapat soalan cepu mas dari suami.
"Kalu abang mati dulu, gano awok nanti?"
Oloh, bukan setakat sedih sajo. Jadi gilo kali nanti. Nok top up kredit telefon pun tok reti.
Suami pindah ke Gambang 4 bulan je pun dah macam mati laki.
Walaupun sedar diri tak mampu jadi isteri mithali, tapi pintu ke syurga ada "kunci".
Setelah 21 tahun bergelar suami isteri, baru che kak tahu sweet sweet di medsoc bukan penentu bahagia sendiri.
Jangan menilai romantiknya pasangan melalui kata-kata manis, hadiah bunga dan coklat manis potong kaki.
Nampak bahagia di IG tapi tiba-tiba keluar berita cerai laki bini.
Dalam rumahtangga ini bukan untuk mencari siapa salah siapa betul, yang penting saling bertoleransi.
Kadang kala suami isteri manja macam kucing parsi.
Kadang kala bergaduh umpama Vietnam dilanda taufan Yagi.
Kadang kala kita berperang laki bini macam Itali -Turki.
Kadang kala hubungan dingin sesejuk musim salji.
Kadang kala kecil hati tahap nak benci macam KidDin dan Amy.
Kadang kala mengalami krisis ekonomi.
Kadang kala rasa rindu, sunyi dan sepi tanpa dia di sisi.
Untuk kekal hubungan ini, jangan diungkit kisah silam pasangan mahupun sendiri.
Jangan di cari yang sempurna kerana kita manusia yang pasti ada kekhilafan, kesilapan dan dosa tanpa disedari.
Sentiasa saling melengkapi dan cari titik persamaan walau berbeza pandangan dan idealogi.
Walaupun tiada cinta tapi jangan sesekali menganiayai pasangan kerana ianya amanah yang perlu disantuni.
Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia kerana hikmahnya pasti ada dan sentiasa ikhlas menyayangi pasangan kerana Illahi.
Comments
Post a Comment