BAGAIMANA MENJADI SUAMI YANG DISAYANGI ISTERI

 "Umi, tengok abi tu. Hensem abi."


Hadoi, Awaatif gak eh baru beli woh ulu hensem doh. Syukurlah abi mung juruh dari dulu pah ke loni.



Meh umi nok royak apa itu hensem seorang lelaki yang jadi suami.


Amboi cik adik, kau geli dengan lelaki Kelantan ye dik. Jangan pilih jodoh berdasarkan negeri. 


Silap haribulan itulah yang kau angau terbawa dalam mimpi.



Belum kahwin memang la nak yang sempurna serba serbi.


Demand nak yang beriman dan boleh bimbing hingga ke syurgawi. 


Walaupun perempuan sendiri perangai derhaka pada hukum Illahi.


Dari mata turun ke hati. Asalkan sedap mata memandang ditambah pula dengan ayat sweet potong kaki.


Bila dah kahwin masuk tandas pun dah rindu mengalahkan pungguk rindukan bulan di malam hari.


Bertahun kahwin diam-diam makan hati. Sudahnya hensem macam Fattah pun kena cerai bini.


Kita memang tak tahu perangai pasangan selagi tak duduk sekali.


Oleh sebab itu, kita netizen jangan campur tangan atau back up mana-mana artis walaupun ayat kesian sekali.


Islam dah gariskan apa yang suami kena beri. Tapi isteri-isteri faham hidup sangat keras zaman loni.


Tiada isteri yang nak biarkan suami usaha siang malam cari rezeki. Pasti akan bantu juga ringankan beban suami.


Isteri rasa bahagia suami dapat gaji terus bayar sewa rumah, kereta atau motor dan bil utiliti. 



Walaupun isteri CEO syarikat sendiri, dia tetaplah nak suami jadi ketua keluarga urus belanja rumah sendiri.


Nak bini cantik kena beli skincare dan sekali sekala belanja massage kat kedai beauty.


Jangan kedekut sekiranya ada duit bahagiakanlah anak bini.


Takde duit takpe asal ada usaha nak cari rezeki. 


Jangan dihabiskan pada perkara yang tidak berfaedah macam belanja perempuan lain atau judi.


Kalau isteri dah jauh hati, hadiah bunga pun tak bererti lagi.  


Walaupun ramai perempuan yang sudi jadi suri hati si duda namun ianya tetap tak sama dengan isteri yang telah susah senang selama ini.


Comments