CERITA HARI PERTAMA LAPOR DIRI

Hari semalam masih lagi santai-santai. Belum ada semangat lagi nak buat kerja walaupun dah tandatangan penerimaan nota serah tugas siap selfie.






Kusyuk dengar taklimat dari Puan PKMJ berkenaan dengan pembahagian tugas dan hal ehwal berkaitan pejabat. Bukan mudah seorang ketua nak tadbir urus organisasi yang besar dan ramai kakitangan ni. 



Walaupun baru di tempat ini, tapi ramai juga yang che kak kenal dan pernah bekerja di pejabat lama termasuk PKMJ Pasir Mas seperti Azeran, Che Dah, Kak Na Musa, Rusmaily,  Zulkhairy. 


Ratna coursemate che kak masa belajar di UPM dulu pun ada.Tapi beliau cuti.


Staf pun nampak peramah. Walaupun ada yang tidak berbual tapi tetap memberi senyuman sebagai tanda kehadiran dirai.


Kurang la sikit rasa segan. Penat tau nak kontrol ayu sebab kita ni jenis gurau kasar. Dah gaya macam perempuan melayu terakhir abad ini. 


Semasa che kak lapor diri di PKMJ Pasir Puteh dulu che kak duk kat bilik Maizura. Eh eh kat sini pun che kak duk bilik dia juga. Tak sangka sejarah berulang lagi.



Pagi semalam makan biskut tawar kecil cicah nescafe. Nantilah kita cari port makan yang serasi.



Makan tengahari  boss belanja. Kenyang perut makan nasi dan lauk ikan keli.


Nak 'kacau' orang segan namate. Bro Dien bagitau ni bukan pejabat PKMJPP mu nok kuca ore wat kijo. Bro Dien napok sedih tinggal sain baik macam tinggal bini.


Rindunya pada kawan-kawan di PKMJPP. Semoga mereka semua kuat semangat walaupun jauh di mata namun dekat di hati.


Semalam duk diam-diam dulu dalam bilik. Kejap duk atas kerusi kejap duk bawah meja. Nasib baik tak duk atas almari.


Kejap selfie muka comel. Kejap selfie entah apa apa. Layan je la dulu ye sementara tak sibuk lagi ni.


Hajatnya, hari ini nak call Kak Na Mat Pa la. Nak belajar pasal ABT.

Comments