SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

Pejam celik pejam celik rupanya hari ini (14.10.2024) hari terakhir kami bertugas di PKMJ Pasir Puteh. 



Allahu rabbi che kak tak tahu nak zahirkan perasaan che kak ni lagu mana. Macam kosong jiwa pun ada. 


Genap 11 tahun 7 bulan che kak di sini. Dah beberapa kali dapat tempoh subsidi. Akhirnya terpaksa juga akur dengan kehendak pengurusan tertinggi.






Sejak tahu kena tukar juga, che kak dah tanamkan dalam minda che kak, kena kuat semangat, redha, jangan menangis. Bukannya pejabat 'bapak' kita nak kekal di tempat yang sama selamanya.


Sesi kemas mengemas bilik dan harta benda yang tak berguna dah makan berbulan. Semalam baru selesai kemas. Bukan apa, saja nak bagi orang baru selesa dengan tempat che kak.



Sementara masa masih ada, che kak nak cipta memori dan kenangan yang manis-manis je dengan rakan sepejabat. Tak nak sedih sedih. Biarlah semuanya manis-manis je.










Che kak risau kalau ada yang terguris hati dengan che kak dan tak nak maafkan che kak. Lama sangat kat sini, dah tentu macam-macam dosa tertulis.


Kesempatan ini che kak nak mohon maaf atas kesilapan dan kesalahan che kak sama ada disedari atau tanpa disedari.


Che kak lega sangat sebab tugas hakiki dah selesai. Antaranya lawatan pemantauan KBDR. Itupun sebab ada anak buah yang sangat komited. 


Semoga rezeki beliau dapat APC tahun ini. Dah bertahun jadi calon APC tapi rezeki belum lagi berpihak kepada beliau. 



Berbalik kepada majlis perpisahan hari ini, che kak nak ucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada  jawatankuasa yang menguruskan majlis perpisahan kami. 

Che kak tahu mereka bertungkus lumus nak buat yang terbaik untuk kami. Che kak sangat seronok walaupun sesi air mata pasti ada. 









Che kak dah janji dengan diri sendiri tak nak menangis hari ini. Tapi  tengok tayangan video, sebak dan menitis air mata juga. 


Terasa juga la kehilangan sebab 6 orang serentak yang bertukar. Kaunselor bertukar ke jabatan lain iaitu IPK KB. Entah bila dapat berjumpa lagi. 


Sasa Penyelaras Bencana ke PKMJ Tanah Merah, Baha Penyelaras PW ke Bachok, Bro Dien sama tempat dengan che kak ke PKMJKB. Sambung 'nok nnapar' denung la plok esok.  


Paling terkejut Zaidi PU yang baru 5 bulan di PKMJPP pun kena tukar juga ke Machang. 




Punyalah kuatnya ukhuwah kami sepejabat ni, tak terasa pun Zaidi PU orang baru di sini.


Apabila tiba sesi ucapan, che kak jenis darah gemuruh susah la sikit nak berucap. Che kak lebih suka menulis daripada public speaking.




Oh ye, lupa pula nak cerita. Sebelum majlis tadi, kawan baik che kak bawa pergi makan-makan kat Naskeen. Che kak hargai sangat-sangat sebab kami berdua bukan selalu keluar makan bersama. Tapi waktu susah dan senang kami tetap saling support.





Tadi pun che kak sangat terharu sebab Penyelia PPDK ajak keluar makan tapi tak berkesempatan nak join. Walaupun  che kak  tak jadi Penyelaras OKU dah, tapi tanda ingatan mereka sangat bermakna.



Geng makan che kak orang-muda. Hehe. Seronok kawan dengan orang-orang muda ni sebab mereka bukan jenis kaki gosip. Tapi persamaan kami suka keluar makan tengahari. 


Awal-awal lagi diorang buat makan-makan kat Taman Bukit Gedombak. View cantik. Walaupun menu simple nasi lemak, tapi sangat seronok sebab masing-masing ada bahagian kena masak. Maka lengkaplah menu nasi lemak.



Apabila kita berkawan dengan orang yang lebih muda ni, che kak tak pernah letak syarat mereka mesti hormat che kak. Che kak anggap mereka seperti adik che kak juga. 


Apabila kita menghormati mereka, secara tak langsung mereka juga hormat kita. Korang semua jangan 'perit-perit' kawan dengan che kak deh.


Walaupun kita ni selesa berkawan dengan sesiapa, tapi ukhuwah di PKMJPP ni sangat kuat. Lebih-lebih lagi ada abe Kie yang selalu jadi 'kepala'. Memang layak jadi tokoh YB Permatang Sungkai merangkap Pengerusi Interim.



Nanti che kak sambung lagi la ye. Nak selesaikan beberapa kerja rumah dulu. Tak habis lagi sesi luahan perasaan ni. Banyak lagi nak tulis ni.



Comments