Semalam tak tulis cerita bukan sebab takde masa tapi malas punya kuasa. Cerita biasa-biasa sahaja untuk tatapan masa tua.
Janganlah ambil serius dengan apa yang che kak tulis di sosial media. Kalau tak suka boleh scroll laju atau unfriend sahaja.
Petang semalam jaga kaunter bertiga. Syukur sangat-sangat klien yang berurusan di kaunter tak menyesakkan kepala. Insya Allah kami cuba tolong sedaya upaya.
Sempat juga belajar cara fotokopi ic dengan seorang jejaka. Tak sangka 'darak' juga che kak rupanya.😂
Pejabat lama che kak jaga kaunter sebelah pagi dengan rakan sebaya. Kadang-kadang ada abe Kie tolong cover kalau che kak ada kerja.
Tapi di pejabat baru che kak dapat jadual duty petang dan segan pula nak request ikut sendiri punya masa.
Penat tau nak susun jadual bertugas supaya adil dan saksama. Baiklah en Zul che kak hargai atas penerangan yang diberikan dan che kak akan beri kerjasama.
Balik lewat daripada biasa. Alhamdulillah sampai di rumah takdelah sampai senja.
Cerita hari ini syukur alhamdulillah berkesempatan hadir solat hajat baca yasin dan dengar tazkirah agama. Bagus juga program begini kerana kita manusia selalu alpa.
Kenyang ilmu kenyang juga perut dengan jamuan free dari penaja.
Nak tulis surat rasmi dua helai aja. Tapi berdebar mengalahkan nak mengadap raja.
Sebagai orang bawahan kita tetap perlu tunjuk surat yang dikarang kepada ketua untuk disemak supaya terjaga tatabahasa.
Teringat pula kisah lama masa mula-mula kerja. Dari pagi di bawa ke petang surat asyik kena reject sampailah che kak menangis kerana rasa bodoh aku rupanya.
Teguran demi teguran dari ketualah yang menjadi penguat semangat untuk terus belajar di samping merujuk pekeliling yang ada.
Tengah buat kira-kira tiba-tiba ada kunjungan rakan-rakan dari pejabat lama. Alhamdulillah gembira sangat kerana mereka tak lupa che kak juga.
Petang tadi juga terima kunjungan dari ayahanda. Walaupun che kak dah remaja purba tetaplah terima macam-macam amanat bekerja di organisasi kerana ayah seorang pesara.
Oh ya ada lagi cerita. Che kak tak pernah jumpa tiba-tiba ada yang jejak kasih saudara.
Namun che kak minta maaf kerana che kak dapat rasakan tiada keikhlasan untuk kenal sebagai saudara. Che kak hanyalah kuli yang tiada kuasa.
Kalau benar nak jaga hubungan saudara, kenapa selama ni tak pernah tanya khabar ayahanda sakit berbulan lamanya. Kalau betul ikhlas, pergilah tolong adik che kak yang paling dhaif tapi buat che kak rasa sakit kepala.
Penutup cerita sebelum pejam mata, baru siapkan bawang lada untuk goreng nasi pada esok hari kerana Kakak Aimi nak bawa bekal ke sekolah dan yang pasti jimat belanja.
Comments
Post a Comment