'Muroh rezeki' sungguh Penyelaras Bahagian PU yang baru. Dari mula lapor diri hingga ke saat ini tak putus-putus kes yang kena seru.
Che kak baca, dengar, lihat pun sero ngetak bulu. Beliau masih mampu tersenyum walaupun nampak pilu.
Tobak lahum che kak tak mampu untuk sesabar itu. Sungguh! Raso saru. Cukuplah sekali dalam penjawatan ini che kak dapat pengalaman dan kenangan sebagai Penyelaras PU tahun dulu.
Buat tugasan di daerah kecil pun rasa saru inikan pula daerah besar lagilah haru biru.
Dulu selalu minta tolong otai PU kalau ada kes yang ku tak mampu. Kes mohon IPO pun ku minta tolong Kak Nor kerana nak bertentang mata dengan Tuan Majistret pun ku tak mampu.😅
Belum lagi Puan Mazilah dan CL 'dikacau ganggu' dengan soalan-soalan dan haraplah ianya bukan soalan yang merapu.
Mujur juga ada staf baru lapor diri dan bolehlah pass baton kepada staf baru itu. Walaupun baru, tapi ilmu dan pengalaman En Zaidi PU serba tahu.
PU tu bukan ustaz yang masuk pertandingan Pencetus Ummah tapi Penguatkuasaan dan mudah sebut piyu.
Bukan che kak tak suka buat kerja unit ini tapi tak suka hadap birokrasi, berhadapan dengan public dan nak hadam akta-akta, otakku dah tak mampu.
AOP 1977, AKRT 1994, APJ 1993, lain-lain akta dan peraturan-peraturan, kalaulah boleh rebus buku dan minum air untuk tajamkan otakku.😅
Che kak tepek gambar lama buat kenangan dan buat 'meriak' di muka buku.🤣.
Walau bagaimanapun che kak tetap bersyukur kerana dapat pengalaman dan peluang merasa kerja hakiki unit PU.
Comments
Post a Comment