Hasben kesayangan Marlini tanya takde story ke hari ni? Amboi, ni tanya sengoti ko nok nganyi? Tebeng tanyo lebih-lebih kei keno unfriend nanti. Mujur kenal dio lamo doh jame mudo mudi lagi.
Tulis story sekadar untuk hiburan hati dan memori fb tahun depan dan ke depan lagi. Nampak biasa-biasa hari ini namun ianya akan menjadi kenangan yang manis sekali walaupun story makan roti cicah kari.
Sebulan dah bekerja di sini. Masih memerhati dan mencari rentak sebelum bersilat nanti. ID ebantuan peranan yang baru belum rasmi guna lagi. Masih mood honeymoon lagi.
Semalam makan nasi free. Setiap hari Selasa ada solat hajat dan baca Yaa Sin secara berjemaah perempuan dan lelaki. Alhamdulillah kongsi pahala dan perut pun kenyang makan free.
Ambillah peluang kerana nak buat sendiri memang tak istiqamah sebab malas beraja dalam hati.
Tengahari makan nasi ayam free. Kawan belanja dan memang sedap hingga menjilat jari. Nanti boleh makan lagi. Rasa tak cukup dan kena timbal dengan roti kopi.
Beraso nok minum kopi. Agah nok kopi mahal depan opis yang bertentang mata setiap hari. Kito try la sekali senang nak buat modal story di fb dan meriak sekali.
Wakaka cukuplah sekali sebab ku bukan orang hipster nak minum kopi mahal hari-hari. Ku bancuh aje kopi di pantri guna air panas coway yang dah memang free.
Semalam hujan lebat dan sentiasa berdebar hati ini. 22 tahun dah duk berlegar dalam minda PPS mana yang nak buka nanti. Begitulah kami warga JKM sentiasa bersiap sedia mental, fizikal mahupun emosi.
Hari ini ambil cuti kerana anakanda demam sejak semalam lagi. Cuaca okey pagi ni. Semoga dipermudahkan urusan kita semua dan sentiasa bersyukur dengan apa jua rezeki yang Allah bagi.
Comments
Post a Comment