Tuan empunya badan lebih tahu apa yang berlaku antara mereka semasa jadi suami isteri. Mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk pilih berpisah demi menjaga hati sendiri.
Apabila ternoktah hubungan suami isteri, itu bukan tiket untuk mereka bermusuhan dan tidak menjaga aib sama sendiri.
Walaupun sehingga hari ini ku masih tak faham kenapa duda terhangat itu masih 'kayu' dan nampak happy dengan hidupnya kini. Apatah lagi setiap tindak tanduknya selalu dipuji.
Bekas isteri hebat dikecam netizen kerana tersalah waktu meluahkan rasa hati kenapa dia pilih untuk lepaskan suami yang nampak mithali. Terbaru ini bertambah kecaman dan sindiran kerana suaranya tidak dibakatkan untuk menyanyi.
Rakan artis tak terkecuali turut menyindir dengan lawak dan komen mengguris hati.
Walaupun dia bukan lagi isterimu, namun tiadakah rasa kasihan pada ibu yang melahirkan anak yang kamu sayangi.
Tiadakah rasa untuk menegur pada netizen dan rakan artis demi menjaga hati zuriat sendiri.
Zuriat kamu itu masih kecil untuk mengerti apa yang berlaku pada masa kini. Namun percayalah, hatinya akan lebih sakit berbanding kamu berdua apabila dia rindukan ibubapanya bersatu kembali.
Beribu komen yang ada dimuka buku ini, teguran ini sangat bagus sekali kerana ada penampakan wanita yang menggeletis walaupun sama jantina tapi sayang takde rasa simpati.
Seharusnya kita ambil ikhtibar dan pengajaran dengan kisah artis yang bercerai, nampak bahagia bukanlah menjamin kekal hingga ke mati.
Ambillah ikhtibar jangan sesekali hantar emoji love pada bukan pasangan sendiri walaupun alasan hanya rakan sekerja kerana ianya umpama percikan bara api.
Comments
Post a Comment