PENGALAMAN BERURUSAN DI KLINIK KESIHATAN KOK LANAS

Rezeki sungguh hari ini. Tak sempat nak panas punggung di kerusi. Bawa anak demam ke Klinik Kesihatan Kok Lanas kerana klinik dekat rumah masih tutup operasi lagi.


Tiba di klinik jam 7.45 pagi. Terus beratur ambil nombor giliran dan sabar menanti. 


Nombor dipanggil dan bayar seringgit guna kad debit dan mujur ada juga baki. 



Selepas cek suhu dan tekanan darah terus tunggu di depan bilik doktor Zon B. 


Sambil layan perasaan, nombor dipanggil dan doktor cek tahap kesihatan  anakanda dan pesan kena ambil darah kalau demam 3 hari.


Eh baru che kak perasan takde kad kuning macam biasa sebelum sebelum ni. Hanya nombor sekeping yang dibawa ke sana sini. Semua direkodkan dalam sistem nampak canggih sekali.


Tiba masa nak ambil ubat di farmasi. Tapi ku tersilap letak dalam kotak kad di makmal tanpa disedari. Nasib baik staf tak marah dan tegur dengan senyuman yang manis sekali.  Cepat-cepat minta maaf sebab termalu sendiri. 


Selepas ambil ubat terus balik rumah sebab panggilan alam perlu dituruti. Hanya 40 minit sahaja semua urusan di klinik hari ini. 


Comments