PERSEDIAAN BENCANA BANJIR

Hari ini berkesempatan hadir mesyuarat bencana bersama kakitangan termasuk semua S, N dan W. 


Tekun mendengar taklimat dan amanat dari PKMJ dan Penyelaras yang baru dilantik sebulan yang lalu. 


Walaupun baru, pengalaman lama digabung jalin kerana semuanya terikat dengan PTO yang sama seperti dulu.



Sudah menjadi lumrah hujung tahun akan tiba banjir tak kira hilir mahupun hulu.


Persediaan dan perancangan awal dibuat bagi memudahkan urusan semua pihak yang terlibat tahu.


Oh rupanya ada ARAHAN baru iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara atau dikenali sebagai Arahan NADMA No 1.


Aplikasi IBJKM bakal digunakan semasa pendaftaran di PPS bagi memudahkan urusan pihak yang tertentu. Belum cuba belum tahu. Pokoknya, buat dulu. 


Apabila namanya bencana, ianya bukan pesta makan sedap-sedap macam kenduri raja sehari, bersyukurlah walaupun hanya lauk budu.


Semoga tiada bencana yang melanda dan jangan jadikan bencana sebagai medan untuk menunding jari antara kau dan aku.

Comments