Hari ni 22 tahun aniversary. Tahniah kepada diri sendiri. Berjaya juga bersama JKM sehingga ke saat ini. Sesungguhnya che kak bekerja kerana gaji.🤪
Pengalaman hidup orang sangat bererti untuk dijadikan sandaran diri sendiri.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi. Kita rasa susah ada lagi orang yang lebih susah sehingga tiada duit nak beli beras apatah lagi nak mimpi beli beras basmathi.
Bersyukur kerana kita punya rezeki lebih sikit dari orang lain dan jangan sesekali dengki.
Sentiasa tambah rasa syukur kerana dahulu pergi kerja jalan kaki namun kini ada kereta walaupun kecil tapi free. 🤪
Bersyukur dengan pasangan kita walaupun tak romantik macam SRK kerana ada mereka yang menjadi mangsa KRT.
Jangan sesekali menganiayai anak-anak dan ibubapa kerana dunia umpama roda yang berputar dan pasti akan dapat kifarah juga atas dosa kita selama ini.
Bersyukur kerana kita dapat kawan yang baik sentiasa di sisi dan andaikata tiada orang suka pada kita, terus angkat kaki. Musuh jangan dicari.
Walaupun ada rasa sakit hati namun jangan sesekali menzalimi orang bawahan kerana mereka juga ada famili.
Gambar hiasan |
Kita dibayar gaji untuk santuni kumpulan sasar yang telah digarisi. Walaupun kadang-kadang rasa nak hempuk atas dahi sebab ego melangit tinggi tak padan dengan diri.
Gambar hiasan |
Kita buat kerja kebajikan yang dibayar gaji ni, satu kaki kanan dalam penjara, manakala dalam neraka dah terjuntai kaki kiri.
'Balance'kan amanah kita dengan niat kerana Allah dan sentiasa laksanakan amanah dengan baik sekali.
Comments
Post a Comment