Hari ni abe Jue tebar roti canai untuk kami.
Macam-macam menu roti, ada kosong, telur, sardin, pisang dan kuahnya gulai ayam disponsor oleh Piji.
Bila dapat roti sepinggan terus lupa pada gu dan boss pun belum rasmi lagi.
Hari ni try kopi 7e. Hilir kei tu walaupun duit ot tak masuk lagi.
Kenyang perut suka hati. Lepas tu tetap kena buat kerja walaupun mata dah lali.
Rasa lega apabila PPS dah tutup semuanya secara rasmi. Tapi banyak lagi kerja kena buat walaupun tak duty.
Letih otak dan emosi nak layan rasa ketidakpuasan hati penghuni.
Persediaan untuk fasa kedua tetap perlu diteliti. Sentiasa berdoa supaya banjir tak datang lagi.
Balik rumah malas pula nak masak sebab rasa letih walaupun tak pikul beras berguni-guni.
Ajak suami makan kat kedai walaupun suami lebih suka makan nasi yang bini masak sendiri.
Alhamdulillah ada tetamu datang ke rumah hari ini dan belanja kami. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Esok abang Aiman dah nak balik ke universiti. Jadi pengasuh adik sepanjang umi duty, dah tentu banyak makan modal setiap hari.
Hari ini juga che kak share ebook sekadar untuk suka-suka dan memori.
Taip cerita sedikit demi sedikit apabila berkelapangan dan idea mari. Nasib baik suami dah faham apabila wajah bininya bercahaya di malam hari.
Terima kasih sudi baca dan setiap orang ada pengalaman tersendiri.
Hargai persamaan dan raikan perbezaan dan sentiasa saling bertoleransi.
Jangan bergaduh disebabkan kerja kerana kita semua tiada yang sempurna bahkan niat kita bekerja kerana mencari rezeki.
Hidup ini sangat singkat berbanding di alam lain selepas mati.
Comments
Post a Comment