Semalam berkesempatan hadir program Anual Dinner yang merupakan acara tahunan.
Di samping majlis perpisahan untuk puan kaunselor yang telah ke JKMN dan puan boss yang akan bertukar ke lain jabatan.
Che kak pergi atas keizinan encik suami dan kena tahu jaga batasan terutama dari segi pakaian.
Pakaian tema Arabic Night apa la yang che kak mampu sediakan. Jubah hitam yang dibeli di TikTok tanpa bling-bling berkilauan.
Kain tudung pula lagi la che kak tak reti nak fikirkan. Sudahnya.... "bang, pinjam kain serban".
Terpukau melihat kaum lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi pekerja kontrak kebersihan. Betul-betul bergaya mengalahkan orang Arab Iran.
Lepas ni che kak tulis siapa yang menerima anugerah King dan Queen dan entah berapa modal yang mereka telah laburkan.
Ucapan puan PKMJ dan kaunselor tiada air mata yang menjadi peneman. Dah nama majlis pun anual dinner bukan majlis perpisahan.
Walaupun sekejap je dapat bersama dengan dua orang insan ini tapi rasa macam dah lama kenal kerana sikap peramah dan keterbukaan.
Tak lengkap majlis tanpa emcee yang kacak dan cantik rupawan. Berbakat sungguh Zulkhairy dan Shida walaupun santai-santai namun tidak hambar dan sangat menceriakan.
Tak meriah kalau tiada acara cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik hasil kutipan dan sumbangan.
Alhamdulillah dapat chopper sebab kebetulan che kak punya rosak dan malas nak tumbuk bawang lada dengan lesung sebab lenguh tangan.
Dapat pula cabutan duit sepuluh ringgit En Ly punya sumbangan. Rupanya beliau seorang yang sangat pemurah dengan pelbagai tajaan.
Banyak lagi cabutan bertuah tapi macam biasa la che kak jarang dapat dan hanya mampu panjatkan keredhaan.
Tak lengkap majlis tanpa hidangan. Sedap juga menu di Jewels Hotel walaupun murah tapi tak mampu nak makan semua makanan. Kebetulan petang sebelum majlis che kak dah makan.
Tak sangka ramai juga yang berbakat dalam nyanyian. Tapi rasa tak puas sebab takde lagu kesukaan.
Tahniah kepada Zuliandi kerana dapat hadiah tajaan Jewels Hotel iaitu penginapan.
Selesai majlis dan banyak gambar yang diambil untuk kenang kenangan. Oh ye pemenang Queen dan King jatuh kepada Shida dan Wan.
Tepat jam 12.00 malam lalu depan kubur Kg Pondok Hassan. Terus tekan minyak sebab takut ternampak hantu walaupun cantik jelitawan.
Alhamdulillah selamat sampai rumah tanpa redah hujan.
Comments
Post a Comment