ANXIETY MEMANDU

 "Buleh sangat bowok keto. Sajo jah tu," kata suamiku.



Semalam che kak memandu kereta dari rumah ke Unisza, Terengganu. 


Suami membonceng motorsikal warna biru. Motor tu nak bagi ke abang Aiman sebab kami tak nak anak susah jalan kaki ke kuliah macam dulu.


Kami bertolak selepas solat Subuh dan solat berjemaah dulu. 


Apa yang suami nampak adalah sebuah kereta kecil warna merah yang dipandu isterinya dengan kelajuan 80km/j sahaja walaupun tak laju.


Hakikatnya che kak ada rasa anxiety apabila memandu sejak 6 tahun dulu.


Nak pergi ke JKM Machang pun yang jaraknya hanya 23 km dari rumah pun che kak berhenti banyak kali untuk beri laluan kereta lain dulu. 


Datang rasa takut secara tiba-tiba macam kereta tengah berputar-putar dan terbalik macam Fast and Furiuos walaupun realitinya tidak begitu.


Demi anakanda abang Aiman terpaksa juga lawan rasa takut itu. 



Che kak letak syarat jangan bawa anak-anak bukan kerana rasa terganggu. Tapi nak fokus memandu.


Syukur alhamdulillah tak hujan walaupun hari sangat gelap tanpa sinaran lampu. 


Mujur juga jalan ke Pasir Puteh adalah jalan yang che kak lalu selama 12 tahun dan boleh 'cekero' jalan itu. 


Memandu berpandukan mata hati sahaja sementara menunggu matahari terbit dulu.


Matahari bangkitlah

Indahkan hari ini

Engkau perlu hidupkan semula cinta kami


Eh ternyanyi pula lagu.


Apabila datang rasa takut sentiasa berselawat bagi meredhakan rasa panik terutama di jalan senget dan berliku.


Seram sejuk tengok bas di belakang maka che kak berhenti di tepi jalan bagi dia lalu dulu.


Tengah santai-santai memandu tiba-tiba datang rasa macam nak berhenti di tepi jalan sebab takut tengok jalan macam ular kena palu.


Ada orang memotong di double line dan  maafkan che kak kerana slow memandu.


Kalau lorat pergilah dulu kerana che kak nak fokus ketenangan diri sendiri dulu. 


Terlalu fikir kata orang di belakang sebab tu lah datang rasa panik dan pokoknya jangan layan perasaan over thinking macam dulu-dulu.


Orang kata lalu kot highway cepat sampai tapi che kak tengok 'dia' macam nampak hantu.


Tobak la hum che kak rela lalu jalan kampung walaupun lambat sampai ke tempat yang nak di tuju.


Bukan mudah nak lawan rasa anxiety ketika memandu. Sebab itu masa dapat surat tukar bukan sebab takut tukar tempat kerja tapi takut pada jalan yang kena lalu. 


Insya Allah ada hikmahnya tu kenapa jadi begitu. 


Takde can nak lari dari rumah kalau bergaduh sebab paling jauh boleh ku pergi hanyalah kedai eco kat Tunjung tu.🤪



Comments