Beberapa hari yang lalu semasa che kak bertugas di kaunter, ada seorang klien jabatan telah mengadu.
Katanya 'tok ngulu' tok caro pun ke kawasan perumahannya semasa banjir beberapa minggu yang lalu.
Aduhai besor kecik besor kecik tengok dia dan terfikir adakah di sini kaunter aduan tentang tok ngulu?
Oleh sebab che kak dah hadir kursus / Bengkel I Am Customer Service Champion and Projecting Professional Image selama 3 hari beberapa tahun yang lalu, maka ala-ala koya professional maka khidmat nasihat telah diberi kepada klien itu.
Bahkan bertambah 'koya' berprofesional sebab dah jadi mantan Penyelaras Aduan di Jajahan Pasir Mas dan Pasir Puteh selama 15 tahun nan lalu.
Che kak nak klien itu balik dengan keadaan puas hati dengan jawapan setiap persoalan yang diutarakan itu.
Che kak tanya, adakah seorang tok ngulu atau kita yang jadi tok ngulu ni mampu nak pergi semua kampung-kampung di bawah takluknya semasa banjir besar yang sedang berlaku?
Lagipun adakah ianya menjadi kewajipan tok ngulu yang kena pergi kawasan banjir yang tak boleh lalu?
Itu adalah tanggungjawab pasukan penyelamat yang pastinya ada kelengkapan aset untuk misi menyelamat pada masa itu.
Tok ngulu sore jah dalam setiap mukim, semuanya dia nak kena ambil tahu.
Mangsa berpindah di PPS lagi, terkepung lagi, hok tok sir mindoh pun tok ngulu nok keno ambil tahu.
Gambar hiasan sahaja |
Elaun tok ngulu ciput je pun tapi nak kena fikir masalah rakyat lebih daripada menteri yang elaunnya berpuluh ribu.
Tok ngulu ni sekodar ejen mata telinga dan perantaraan antara rakyat dengan wakil rakyat yang dilantik oleh kita juga tu.
Semalam terbaca posting Cikgu MFS tentang tok ngulu.
Bab bantuan selalu timbul isu beri ko anok beranok dulu. Napok gayo keno lantik tok ngulu yang yatim piatu.
Kalau bagai yang benar dikata, tak perlu tabur fitnah tanpa maklumat lengkap dan bukti kukuh terlebih dahulu. Siapa penerima, apa yang diterima dan di mana tempat sumbangan yang dikatakan untuk anok beranok itu.
Sudah tentu tok ngulu ada data dan maklumat tentang orang kampung terutamanya dari segi sumber ekonomi dan anak-anak yang membantu.
Pentingnya ada kolaborasi antara pemberi sumbangan dan tok ngulu supaya kita tak mudah terpedaya dengan kata-kata penerima kononnya tak pernah dapat bantuan dari tok ngulu.
Kita sebagai penyumbang sukarela pun tak mampu nak bagi kepada semua orang kampung dengan barangan yang ada, tak gitu?
Pada pandangan peribadi che kak, kalau nak bagi sumbangan atau bantuan, tak perlulah nak kutuk dan membuka ruang orang kutuk wira tak didendang itu.
Oh ye klien itu berpuas hati dengan jawapan che kak itu.🤪
Comments
Post a Comment