Sehari dua ni tak sempat nak tulis di muka buku. Entah apa yang sibuk pun tak tahu. Kadang kala waktu free otak pula beku. Tapi rugi pula tak tulis untuk kenangan yang berlaku.
Pagi semalam hantar anakanda balik ke Kedah dan terus balik selalu. Tak bermalam kerana banyak kerja yang menunggu. Dapat jumpa anak saudara sekejap pun dah hilang rasa rindu.
Walaupun berbelas jam tapi suamiku masih steady memandu. Ada bini pun tak boleh nak bergilir memandu.
Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik dan sempat tengok sekawan gajah melintas jalan raya dan kami tetap sabar menunggu.
Mereka juga makhluk Allah yang menumpang bumi ini dan janganlah kamu memburu.
Hujan lebat dan kabus tebal sangat mengganggu. Namun kepada Allah jua kami mohon perlindungan dan keselamatan kerana itulah sebaik-baiknya untuk mengadu.
Comments
Post a Comment