Che kak menulis kerana ianya terapi diri sendiri. Untuk kenangan dan memori suatu hari nanti.
Siapa yang sudi baca, che kak ucapkan terima kasih daun keladi. Che kak tak tahu siapa yang suka atau rasa geli.
Maklumlah che kak tak reti nak teropong hati orang kerana che kak dalam dunia syok sendiri.
Mohon scroll laju-laju atau tekan saja butang unfollow yang Mark dah bagi.
Hari ni besday anak bongsu yang ke 9 tahun dan berjaya kekal gelaran sehingga ke hari ini.
Che kak hadiahkan lagu Biasan Tokki tapi dia minta lagu Frozen pula tadi.
Hehehe.
Comments
Post a Comment